Sunday, December 4, 2011

MENITI DEC 2011


Assalamualaikum ... Salam sejahtera ke atas kamu dan semoga dirahmati Allah SWT.

Alhamdulillah ..masih dpt saya gerakkan jari ini utk mengupdate blog yg dah lama saya tinggalkan ini. Bukan sengaja tetapi disebabkan kesuntukan masa dan sibuk dgn urusan saya di NAZ CAKES amat membataskan waktu saya.

Namun apa yg penting saya dan keluarga masih diberikan kesihatan yg baik oleh Allah SWT setakat ini. Cuma dari 31 Mei hingga 5june 2011 saya telah dimasukkan ke wad APSH disebabkan kecuaian saya asyik sgt bekerja hingga melupakan makan dan minum.Saya disahkan mengalami demam panas yg tinggi.Sejak dari itu saya mula menjaga makan dan minum dan hingga kini tiada mengalami sebarang penyakit lg.Alhamdulillah.

Aktiviti bekam dalam keluarga masih saya amalkan ... suami dan anak2 sihat dan mereka tiada rekod ke klinik yg menandakan mereka sakit.Semoga keadaan ini berpanjangan hingga sampai bila2.Insyallah ..Amin.

Set bekam utk 6cup dan 12cup masih saya jual dan bekalan setakat ini cukup utk menampung permintaan yg amat mengalakkan.Saya juga ingin mengucapkan ribuan tkasih kepada para pelanggan yg telah membeli set bekam ini dgn iringan doa dari saya semoga tuan puan diberikan kesihatan yg baik dgn mengamalkan sunah Rasulullah SAW ini.Amin


Wasalam ..jumpa lagi

Sunday, January 9, 2011

SERVICE 1


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah semalam sessi bekam bahagian belakang badan saya selesai sudah dengan bantuan suami dan dua anak gadis saya.Dua org tu meletakkan cup-cup dan mengepam manakala suami mula menguris dgn blade. Semuanya dah mahir dengan tugas masing-masing.

Kenapa saya teringat utk menjalani sessi rawatan ni. Sebenarnya saya mengalami sakit kepala sebelah yang dah lama tak kena.ooop .... saya terfikir dah sampai masanya utk toksid/toksin yang sekian lama terkumpul dibuang. Terapi ini hanya saya lakukan dimana-mana tempat yg saya boleh buat sendiri sahaja tp bahagian belakang mmg memerlukan bantuan org lain.

Hasilnya hari ni saya rasa betul-betul segar dan cergas utk berfikir dan melakukah aktiviti rutin dirumah. Alhamdulillah.

Thursday, August 19, 2010

2011


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Hampir setahun saya tidak mengemaskinikan blog ni.Alhamdulillah sedikit terpanggil utk berkongsi maklumat tentang rawatan alternatif ini.

Rawatan ini masih kami amalkan sekeluarga.Setakat ni rekod kami ke hospital atau dimasukkan ke hospital hampir tiada.syukur sangat2.

Di bawah ada gambar aktiviti tentang rawatan bekam ini yang kami lakukan di kalangan ahli keluarga utk mencapai tahap sihat yang maksimum.Boleh tgk dan kongsi .... GAMBAR INI ADALAH CARA MENNYAH TOKSIN DALAM BADAN YG LEBIH PRAKTIKAL DAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW.Yang baik itu datang dari ALLAH SWT dan kelemahan itu adalah dari diri kami sendiri.

Sunday, June 13, 2010

AIR MASSAGER


Relaxkan diri dengan santai menggunakan Air Massager ini.Proses urutan yang tidak menyakitkan dan berkesan menghilangkan lenguh-lenguh otot selepas penat bekerja.Menggunakan bateri - jimat jika tidak terkena tubuh,alat ini akan off secara automatik.Senang di bawa ke mana sahaja cuma buangkan angin pada beg dan masukkan ke dalam kotak.Disertakan bersama pump angin tapi tdak termasuk bateri.

Harga RM40 .... Hanya RM35 untuk 10 pelanggan pertama.Dapatkan sekarang.Call 019 6493155

Sunday, April 4, 2010

MADU KHAULA











Salam.

Al-fatihah sedekahkan dengan tulus ikhlas kepada muslimin dan muslimat yang telah pergi meninggalkan kita dan bertemu Penciptanya.

Kembali menulis apa yang terlintas di fikiran,hanya mahu berkongsi dan bukan memaksa untuk mempercayai atau membeli produk yang akan saya perkenalkan diblog ini. Madu Khaula - madu asli dari negara Iran .... mungkin ramai yang dah tahu khasiatnya dan mungkin ada yang tidak tahu wujudnya madu ini di sini.

Saya menggunakan madu ini untuk seisi keluarga hampir 7 hingga 8 tahun yang lalu.Terlalu banyak khasiat madu ini dalam membantu menjaga kesihatan keluarga saya.Sekadar memberi beberapa kebaikan madu ini ianya dapat mengurangkan kesan asma bagi bayi dan kanak-kanak,batuk,selsema, kurang selera makan,menambah tenaga dan sebagainya.

Untuk maklumat lebih lanjut sila ke engine pencarian google dengan menaip nama `Madu Khaula'.Kesan sampingan untuk bayi dan kanak-kanak hampir tiada kerana madu ini tidak bersifat panas malah sedap dimakan/di bancuh bersama air masak.

Kawan-kawan dan sahabat boleh mendapatkan di mana-mana kedai yang menjual makanan kesihatan/jamu eg Giant,Carefour atau Tesco dengan harga rm65 bagi yang biasa dan rm70 bagi yang mempunyai sarang lebah di dalamnya.

Untuk yang membeli melalui saya harga diskaun akan diberikan - sila hubungi saya Naz 019 6493155 /email iqah65@yahoo.com untuk penjelasan,berkongsi maklumat atau berhajat untuk membeli. .


Terima kasih.wsalam

p/s : kami mengamalkan pengambilan madu khaula selepas proses berbekam untuk menambah tenaga.Alhamdulillah terbukti berkesan.

Thursday, April 1, 2010

DIN BERAMBOI - RADIO ERA


Salam,

Alhamdulillah, bertemu kembali.Sebenarnya banyak yang nak dikongsi,tapi masa perlu dibahagikan dengan sebaik mungkin..Saya agak sibuk dengan dunia decorating cake yang memang saya minati. Sila jalan-jalan ke blog saya http://kekcoklat-naz.blogspot.com untuk tengok-tengok apa yang patut. Nak bagi komen atau tempah kek pun boleh,semuanya saya terima dengan hati yang lapang dan terbuka.

Bisnes set bekam .... apa lagi yang nak saya cakap melainkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T sebab alat ini tidak pernah putus di tanya orang. Saya sentiasa mengadakan stok supaya mereka yang berhajat dapat membeli barang yang di hajati. Seperti biasa harapan saya semoga mereka yang membeli alat ini mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.


Sakit ??? Alhamdulillah saya dan keluarga sihat ... saya,suami dan Najmi (anak sulung saya) baru menjalani proses berbekam dua minggu yang lalu ... lepas kami balik dari bercuti di Langkawi. Segar dan sihat tapi tidak mahu terlalu takbur kerana bila-bila masa Allah S.W.T akan menguji hambanya. Macam En.Din Beramboi kita yang petah bersuara di radio ERA (kadang2 layan juga radio ERA sbb nak kongsi minat dgn anak2.) kini sepi dalam dunianya sendiri. - Mengikut sumber akhbar, beliau di serang penyakit denggi berdarah - Semoga Allah S.W.T memberi ruang kepada beliau untuk sihat kembali.


Banyak lagi nak dikongsi, InsyaAllah di lain masa.


Jumpa lagi.Wasallam.

p/s Al Fatihah - untuk Saudara Din Beramboi yang telah meninggal dunia jam 12.30 malam tadi.Agaknya masa saya tengah update blog saya ni. Semoga ditempatkan ditempat yang terbaik.Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.Amin