Thursday, April 1, 2010

DIN BERAMBOI - RADIO ERA


Salam,

Alhamdulillah, bertemu kembali.Sebenarnya banyak yang nak dikongsi,tapi masa perlu dibahagikan dengan sebaik mungkin..Saya agak sibuk dengan dunia decorating cake yang memang saya minati. Sila jalan-jalan ke blog saya http://kekcoklat-naz.blogspot.com untuk tengok-tengok apa yang patut. Nak bagi komen atau tempah kek pun boleh,semuanya saya terima dengan hati yang lapang dan terbuka.

Bisnes set bekam .... apa lagi yang nak saya cakap melainkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T sebab alat ini tidak pernah putus di tanya orang. Saya sentiasa mengadakan stok supaya mereka yang berhajat dapat membeli barang yang di hajati. Seperti biasa harapan saya semoga mereka yang membeli alat ini mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.


Sakit ??? Alhamdulillah saya dan keluarga sihat ... saya,suami dan Najmi (anak sulung saya) baru menjalani proses berbekam dua minggu yang lalu ... lepas kami balik dari bercuti di Langkawi. Segar dan sihat tapi tidak mahu terlalu takbur kerana bila-bila masa Allah S.W.T akan menguji hambanya. Macam En.Din Beramboi kita yang petah bersuara di radio ERA (kadang2 layan juga radio ERA sbb nak kongsi minat dgn anak2.) kini sepi dalam dunianya sendiri. - Mengikut sumber akhbar, beliau di serang penyakit denggi berdarah - Semoga Allah S.W.T memberi ruang kepada beliau untuk sihat kembali.


Banyak lagi nak dikongsi, InsyaAllah di lain masa.


Jumpa lagi.Wasallam.

p/s Al Fatihah - untuk Saudara Din Beramboi yang telah meninggal dunia jam 12.30 malam tadi.Agaknya masa saya tengah update blog saya ni. Semoga ditempatkan ditempat yang terbaik.Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.Amin

No comments:

Post a Comment