Monday, December 21, 2009

KERETA POLIS

Salam.

Apa kaitannya kereta polis dengan bekam ya? Entah saya pun x tahu kenapa saya perlu berkongsi cerita ini di sini. Sebenarnya saya dah mendapat panggilan dari seorang ASP kurang tiga minggu yang lalu bertanyakan lokasi saya kerana beliau berhajat untuk membeli set bekam dari saya.

Satu hari, tuan ASP membuat panggilan yang beliau dah berada dekat dengan lokasi saya. Saya memberikan panduan ke rumah dan sedia menunggu beliau di pintu pagar rumah. Tak di sangka tiba-tiba muncul kereta rasmi polis dengan label `pegawai penyiasat' yang membuatkan darah saya berderau ketika itu. Rupa-rupanya tuan ASP yang datang dan membeli dua set alat bekam dari saya.

Jiran pun ada yang keluar untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku. Saya yang sedikit gabra sbb Tuan ASP berpakaian rasmi tersilap memulangkan wang baki menyebabkan kereta polis berpatah balik mencari saya.Adui! lg lah suspen jiran2 yang melihat situasi ini.


Saya beristigfar dan meminta berbanyak2 maaf dengan Tuan ASP. Jika beliau tidak dalam urusan rasmi, saya ingin sekali meminta pandangan dan pendapat beliau mengenai kaedah rawatan bekam ini. Saya yakin Tuan ASP selalu mengamalkannya memandangkan keadaan fizikalnya yang masih gagah perkasa walaupun nampak agak berusia.

Terima kasih Tuan.

Wsalam.

Sunday, December 13, 2009

KENDURI KAWIN - N9


Salam

Alhamdullilah dapat kita berjumpa lagi. Maknanya Allah S.W.T masih panjangkan umur kita dan diberikan nikmat yang tiada tandingnya pada kita.Bersyukurlah - ingatan ini lebih utk diri saya supaya sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang diberikan.

Semalam 13/13/09, saya balik ke kg suami di Kuala Pilah N9. Alhamdullilah, jalan baru tanpa melalui Bukit Putus dah dibuka. Teringat dulu-dulu, kalau nak balik kg N9 mabuk dibuatnya bila terpaksa melalui jalan yang bengkang-bengkuk di Bukit Putus.Anak-anak akan saya suruh tidur supaya mereka tak pening atau muntah dalam kereta. Hari ini semua tu akan menjadi kenangan sebab jalan Ke Kuala Pilah dah bertambah baik dan mengambil masa yang singkat untuk sampai ke destinasi.

(Gambar sempat ziarah kubur arwah Mak Mertua kat kg).

Balik pada cerita kenduri,ini perkahwinan anak sepupu suami saya,seperti biasa majlis meriah dengan dihadiri sanak-saudara. Selepas jamuan makan dan bertemu dengan sanak saudara kami menuju ke rumah mak saudara suami yang kami panggil Mak Lang. Mak Lang nampak masih sihat walaupun mengadu matanya kian kabur disebabkan peningkatan usia. Kami juga bertemu dgn Rahim (sepupu suami) yang kurang sihat (baru keluar dari hospital)

Menurut Rahim dia ditahan diwad selama seminggu akibat kurang selera makan dan telah dua kali pengsan. Keadaan fizikal Rahim nampak pucat dengan kedua kakinya bengkak. Rahim saya kira masih muda dalam usia 40an. Apa yang bermain difikiran saya ialah Rahim tak sepatutnya menderita sakit diusia begini jika dia menjaga pemakanannya (mengikut Mak Lang dia kurang minum air dan mengawal makan). Mengikut kakak ipar saya (yang juga sister kat PUSRAWI) Rahim mempunyai simptom kegagalan buah pinggang.

Rahim dinasihatkan berjumpa dengan doktor dengan segera disebabkan dia mengadu sukar untuk membuang air kecil. Saya hanya mampu bersimpati dan yang penting beroleh pengajaran supaya sentiasa menjaga kesihatan diri dan keluarga. Harapan saya supaya penyakit Rahim dapat dirawat dan dia akan dapat bekerja seperti biasa.

Saya sedih melihat wajah tua Mak Lang yang kian berusia dan terpaksa menjaga anak bujangnya yang sakit. Di doakan semuga semuanya berjalan dengan baik.


Wsalam.


p/s* Kepada Rahim dan Mak Lang, saya minta maaf kerana berkongsi cerita mereka di blog ini. Semoga semua ini akan menjadi panduan dan pedoman untuk kita supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang penyakit yang akan menyapa tidak kira samada pada yang tua atau muda. Terima kasih

Wednesday, December 9, 2009

HARIRAYA KORBAN





















Salam.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T nampaknya semakin ramai yang menyedari bahawa dengan bebekam dapat mengelakkan dari sebarang penyakit atau dengan kata lain meringankan penyakit yang sedia ada berdasarkan permintaan alat bekam sejak akhir-akhir ini.

Emak saya di kampung juga rajin mengamalkan bekam kalau terdapat sakit-sakit ringan yang dialami oleh beliau. Raya Korban hari tu,saya sempat bersama beliau di kampung.Kebetulan ketika itu emak mengalami sakit kepala.(x ceria sangatlah sambut anak cucu sebab tengah sakit masa tu)

Dalam kami beborak,emak kata dia banyak makan daging disebabkan oleh kenduri kawin yang tak putus-putus di kampung kami. Saya tak berlengah terus melakukan bekam dikedua belah bahu emak untuk mengurangkan sakit kepala yang ditanggungnya.Saya menangguhkan dulu untuk mengukur blood pressure emak sehingga selesai berbekam.

Alhamdullilah selepas berbekam keadaan emak saya kembali pulih dan bacaan tekanan darah beliau masih di tahap biasa (tiada menunjukkan adanya tekanan darah tinggi)

Saya bertolak balik ke Kl pada hariraya kedua dengan meninggalkan ibunda tercinta yang sihat dan gembira.

TQ ALLAH.

Wassalam.

Saturday, November 14, 2009

SIMPATI

Salam.

Hanya nak berkongsi sedikit pengalaman dan ragam hidup yang saya lalui. Semalam saya ke Nilai 3 mencari barang keperluan untuk bisnes bakery saya.Alhamdullilah keadaan di sana ok dan mudah untuk mencari parking dan membeli barang-barang kerana orang tak berapa ramai.

Balik dari sana kami singgah makan di sebuah restoren ~Restoren Hafiz yang terletak di Avenue Ampang.Meriah sungguh restoren ini kerana orang tak putus-putus keluar masuk.Saya duduk berhadapan dengan sebuah keluarga yang terdiri dari suami-isteri,seorang anak dan seorang makcik yang saya kira mak atau mertua pasangan tadi.

Selesai makan mereka beredar , si suami mengambil kereta dan parking betul-betul dihadapan kedai. Makcik masih belum bangun dari duduknya sambil si isteri memujuk emaknya supaya bangun.Saya melihat betapa seksanya makcik ini untuk bangun dari duduknya yang agak lama.

Berjalan setapak demi setapak dengan agak lambat saya perhatikan muka makcik yang terpaksa menahan sakit,saya percaya makcik ini mengalami masalah sakit lutut atau sendi sama seperti mak saya satu ketika dulu.

Menuju ke kereta dengan langkah perlahan,sampai di pintu kereta makcik masih belum boleh masuk dan berdiri sekitar 5 -10minit dengan memegang pintu kereta. Saya amat bersimpati dengan makcik ini dan dalam hati saya jika berpeluang saya ingin menolong beliau dengan memberi khidmat bekam secara percuma.Mana tahu jika di izinkan Allah dapat mengurangkan kesakitan makcik dan beliau boleh berdiri dan duduk seperti biasa.

Kes ini sama seperti yang dialami oleh mak saya satu ketika dulu yang pernah saya masukkan dalam entry saya.Sampai kini mak saya masih mengamalkan bekam dan sakit sendi atau lututnya hampir tiada melainkan jika tersalah mengambil makanan sejuk.

Saya doakan makcik yang saya tak kenali ini beroleh kesihatan yang baik dan berjumpa dengan rawatan alternatif yang boleh mengurangkan kesengsaraannya.Amin

Wsalam.

Friday, November 13, 2009

MURAH DAN BERFAEDAH

Salam.

(Entry ulangan yan g diambil dari coretan Ogos 09 untuk panduan bersama)

Syukur pada Allah S.W.T bertemu lagi kita. Saya masih diberi Allah nikmat kehidupan yang tak ternilai harganya. Sekali sekala teringat juga untuk muhasabah diri,andai dijemput Allah bagaimana ya? Saya sentiasa berdoa semuga segalanya dipermudahkan dan saya redha akan ketentuanNya. Membaca susur kehidupan Allahyarham Ustaz Asri (Rabbani) menjadikan saya menginsafi diri dan meneliti kekurangan yang ada.

Mungkin terlalu jauh untuk mencontohi sifat-sifat baik yang ada padanya tapi masih belum terlambat untuk memula dan melakukannya. InsyaAllah.

Kepada semua pelanggan alat bekam yang saya hormati. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dalam menjaga alat bekam yang dikatakan murah ini tapi bagi saya khidmat dan faedahnya amat bermakna sekali untuk saya meneruskan kehidupan hari ini.

Perkara yang sering dialami bila menggunakan alat bekam ini.

1. Punat merah tercabut dari cup.

Jangan dibuang kerana masih boleh digunakan,iaitu dengan meletakkannya kembali di hujung cup dan gunakan pump seperti biasa. Yang penting jangan hilangkan punat merah merah itu.

2. Pum seakan longgar dan tidak boleh melekatkan cup pada kulit.

Buka bahagian atas pum dan bersihkan dengan sehelai tisu pada getah dan spring yang ada dalam pump . Biasanya getah dan spring diselaputi dengan benda yang berminyak/berair selepas aktiviti bekam dilakukan beberapa kali. Setelah bersih ia boleh digunakan semula.

3. Cup retak/pecah.

Cuba elakkan daripada cup jatuh atau menggunakannya dengan cara yang tidak betul.


4. Simpan ditempat yang kering

Saya menyimpan alat bekam dalam sebuah bakul yang berupa seperti penapis. Selepas digunakan basuh/lalukan dengan air dan sejatkan di dalam bakul tersebut. Insyallah alat bekam akan sentiasa kering dan mudah digunakan bila perlu.


Jika tuan/puan ada mempunyai cadangan atau pandangan yang baik untuk kepentingan kita bersama sila emailkan pada saya di kak_e65@yahoo.com atau hubungi saya di 019 6493155.

Selamat Datang Ramadhan.

~Ya Allah berikan saya kesempatan untuk bersama Ramadhan tahun ini~ Amin

Monday, November 9, 2009

SAKIT GIGI

Salam

Siapalah kita kalau tiada ujian langsung dalam hidup kan.Emmm...dua tiga hari ni saya diuji dengan sakit gigi yang kadang-kadang membuatkan kepala rasa nak tercabut akibat kesakitan yang amat sangat.

Untuk ke klinik, saya rasa masih boleh bertahan sebab banyak keperluan lain yang perlu saya utamakan dari membayar bil klinik yang agal mahal.Macam biasa saya berusaha melegakan kesakitan dengan cara berbekam di sekitar bahu dan bahagian tengkuk sebelah kanan untuk mengurangkan rasa sakit yang berdenyut-denyut setiap kali saya makan atau minum.

Sehingga hari ini Alhamdullilah dengan cara ini,kesakitan hilang dan saya tidak mengambil sebarang ubat penahan sakit untuk sakit gigi saya.Harap-harap ianya akan berpanjangan dan tidak mengganggu tugas rutin saya.

Petua - kemam 2 atau tiga biji bunga cengkih untuk legakan sakit gigi atau menghilangkan bau mulut....~cubalah~.......


Wsalam.

Sunday, November 1, 2009

REKOD KESIHATAN

Salam,

Lama rasanya tak update blog ini. Saya perasan yang urusniaga bakery membuatkan saya terlupa untuk mencatatkan sesuatu di sini. Sebenarnya banyak cerita yang nak dikongsikan tapi waktu yang membataskan saya untuk mencoret apa yang ada di minda ini.

Dua hari lepas saya sempat membelek kad temujanji saya di Hospital Ampang Putri.Rupanya dah hampir setahun (last check up 28/06/08 saya tidak membuat medical check up dengan Dr.Sharifah Sakinah-pakar Physician & Endocrinalogist/Dietbetologist.(23/05/09 tu saya x pergi appointment tu)

Walaupun begitu, saya tidak pernah mengabaikan kesihatan saya. Saya melakukan sendiri pemeriksaan kesihatan di rumah dengan menggunakan alat mengukur tekanan darah dan bacaan gula dalam darah.Hasil dari pemeriksaan itu saya rasa kesihatan saya masih terkawal dan tidak perlu berjumpa doktor seperti rutin saya yang lalu. Alhamdullilah Allah S.W.T memberikan saya kesihatan yang baik setakat ini dan doa saya semoga ianya akan berpanjangan.

Setakat ini alat-alat bekam memang menjadi teman saya kemana saja samada balik kampung,shopping,makan angin dsbnya. Satu kotak alat bekam memang dikhaskan di dalam kereta untuk kegunaan kami sekeluarga.

Anak sakit perut,pening/mabuk, penat dan mengantuk semasa memandu,kebas akibat perjalanan jauh kami selesaikan masalah itu dengan berbekam. Saya akan membekam bahu dan tengkuk suami yang sedang memandu untuk meghilangkan penat dan rasa ngantuk beliau. Mula-mula malu, takut orang cakap buat apa tapi semua itu letak tepi sebab yang penting adalah keselesaan diri kami pada masa dan ketika itu.


Ok,setakat ini dulu jumpa lagi. Wasalam

Monday, October 19, 2009

Coretan July 2009

Salam

Untuk mengetahui cara-cara berbekam dan risalah tentang bekam sila klik pada coretan july 2009 untuk keterangan lanjut. Semoga tuan/puan mendapat sedikit gambaran bagaimana untuk melakukan sendiri di rumah.

Terima kasih

Sunday, October 11, 2009

SERVICE LEPAS RAYA


Salam.

Alhamdullilah hari ni selsema saya dah pun baik dan saya tak perlu berjumpa doktor untuk makan ubat selsema yang selalunya membuatkan kita mengantuk dan beberapa pil yang lazimnya perlu di telan akibat selsema.

Cukup sekadar berbekam di dada untuk mencairkan kahak dan legakan batuk/perit tekak disamping amalkan madu kaula satu sudu selepas bangun pagi dan sebelum tidur. Saya hanya ambil sebiji sahaja 'panadol soluble' pada hari pertama saya terkena selsema. Bayangkan berapa banyak penjimatan yang saya perolehi. Pertama tidak perlu mengeluarkan kos ke klinik dan kedua saya tidak perlu menelan ubat yang banyak-banyak tu...... sayangi tubuh badan anda dari bahan-bahan kimia yang terkandung dalam ubat-ubat yang kita telan.

Syawal hampir berlalu,tapi minggu depan masih banyak jemputan open house yang perlu dihadiri. Ramai kawan saya dan Najmi yang menunggu sehingga anak-anak mereka habis peperiksaan PMR untuk buat open house. So minggu depan dapur tak berasap lagi lah nampaknya.Dapat berehat sket ....... Alhamdullilah.

Minggu lepas (ahad) saya dan suami dah nekad untuk buat service (berbekam) sebab badan dah rasa berat akibat banyak makan dan kurang exersice. Dulu memang kami suka berjogging di hari minggu. Bila kaedah bekam boleh dilakukan sendiri di rumah saya rasa ianya lebih realistik dari berjogging -- lagi sakit badan bila lepas berjogging - penat,sakit kaki dsbnya (ini pengalaman saya, tak tahu orang lain mungkin better dgn berjogging).

Hasil berbekam badan rasa ringan,lebih sihat dan tak ada stress langsung (w/pun anakku sedang berjuang dengan PMRnya - dia lagi cool walau tak berbekam he ...he .... yang dia ingat nak cepat habis periksa aje... banyak projek dgn kawan-kawan menanti)

Alhamdullilah,syukur pada nikmat sihat yang Allah berikan pada kami berdua. Bacaan darah masih optimum range antara 130/80. Bacaan gula dalam darah -- oppps tak boleh check sbb reader 2 kena bawa gi service dulu...tapi saya yakin ok sebab tak ada simptom kencing manis yang saya hadapi. Syukur sangat. Tq ALLAH

Wassalam.

* Bacaan blood pressure saya yang di catat pada minggu lepas.

Tuesday, October 6, 2009

NAJMI & PMR


Salam.

Pagi ini 7/10/09 Muhammad Najmi sedang menduduki peperiksaan PMR (hari pertama). Malam tadi kami membacakan yassin memohon doa dari Allah S.W.T semoga di permudahkan segala urusan dan di terangkan hatinya untuk menjawab kertas peperiksaan yang di dudukinya.

Saya terkena selsema dan batuk mulai semalam. Salah sendiri,sebab asyik minum ais di sepanjang hariraya yang lalu. Walaupun rasa kurang selesa tapi saya tetap amalkan bekam dan alhamdullilah batuk taklah teruk sangat dan hidung yang berair agak berkurangan bila dah di bekam. Saya tetap ambil "panadol soluble" untuk kesan yang lebih cepat dan harap-harap saya tak perlu berjumpa doktor lagi.

Berbalik pada kisah Najmi (kami panggil abang), sebagai ibu saya hanya mampu mendoakan semoga keputusan peperiksaan nanti akan boleh melayakkan dia untuk ke sekolah berasrama. Tidak terlalu menaruh harapan untuk ke asrama penuh sebab result sebelum ini tidak menunjukkan ke arah itu. Hanya nampak nya dia berminat untuk ke sekolah teknik. Mudah-mudahan impiannya itu tercapai. Insyallah.

Untuk abang berjuang dan terus berjuang, doa ibu adalah sentiasa yang terbaik untuk mu. Good Luck Forever. ~ dari Kasih Ibu~

Tuesday, September 29, 2009

RAYA OH RAYA

















ALAHHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALAHUAKBAR
ALLAH MAHA BESAR

Salam untuk semua.

Selamat Hariraya Aidifitri Maaf Zahir dan Batin. Cepatnya masa berlalu, hari ini dah pun 11 Syawal, suasana raya masih ada ,saya ada dua tiga jemputan ke rumah terbuka hujung minggu nanti. Anak-anak pun sibuk nak buat rumah terbuka untuk kawan-kawan sekolah,tapi saya diamkan dulu sebab saya ada tempahan kek untuk disiapkan. Saya akan tunaikan hajat anak-anak bila dah ok sikit nanti.Moga Allah permudahkan segala urusan dan diberikan kelapangan.InsyaAllah.

Cerita raya, seronok, gembira dan duka. Alhamdullilah semuanya Allah telah tentukan.Rutin tahun ini raya dirumah mak sahaja tunggu tetamu datang,ada khabar duka mak mertua jiran meninggal betul-betul selepas orang mengerjakan solat Aidilfitri. Meninggal dalam tidur akibat sakit tua. Inallilah ..... semoga aruah ditempatkan bersama para solihin. Saya mak dan adik sempat ziarah jenazah sbb tu kami tak ke mana-mana raya pertama tu.

Raya kedua,kerumah satu-satunya abang saya.Makan ayam madu bakar.... yum....yum semua orang suka ...... lebih 15 ekor ayam dibakar kesian tuan rumah berpeluh-peluh tapi abang nampak gembira dengan kehadiran adik-adik yang pulang dari perantauan (Kl je mcm jauh sangat????) Kat rumah abang saya sempat promote bekam - modelnya mak saya lah -sakit lutut katanya. Makan daging banyak sangat (satu periuk sup gear box dll kat rumah mak raya pertama tu,siap dgn straw lg.)

Model kedua,kakak ipar saya (tukang jahit yang mahir dan berjaya) sakit tengkuk banyak tempahan tahun ni. Saya dengan rela hati tolong bekamkan bahu dan tengkok kakak. Selesa dan ringan sikit katanya.Alhamdullilah.

Raya ketiga, jangan tak percaya pergi picnic dengan sanak saudara dekat water fall (dlm felda) Masih original dan ramai yang x tahu ada water fall kat situ. Kami anak beranak aje yang ada. Mula-mula risau sbb ada anak kecil dan dalam hutan pulak tu, tapi Alhamdullilah semuanya ok.
Pergi pagi jam 1.00tgh balik rumah adik lunch dengan sup daging lagi, ikan siakap masak kicap,sotong goreng dan sambal ikan bilis + petai. Sedapnya ........

Raya keempat,jalan-jalan nun ke Kota Bahru, nak ziarah saudara mara tak ada sangat sbb mak saya anak tunggal. Contact kawan Sue (adik saya) tuan punya hotel Ridel kat tepi sungai Kelantan tu. Best juga sekali sekala melancong raya. Pergi pasar Siti Khadijah,makan-makan,ambil gambar dan rehat.

Raya kelima ke Rantau Panjang lah pulak. Berjam-jam baru boleh masuk ke area parking, tempat orang bershopping tu. Letih tapi dah tau kalau musim-musim raya macam tulah,tumpang meyibuk lah juga kita. Seronok dapat beli apa yang dihajati walaupun dalam kepanasan dan ramai orang. Balik ke Trg,singgah Jerteh pekena gear box lagi.Dah standby kotak bekam dalam kereta. Penyelamat kalau pening (darah tinggi) atau apa-apa komplikasi.Alhamdullilah hampir tak ada.

Jumaat balik KL back to normal. Home sweet Home. Jumpa lagi.

Wsalam.

Saturday, September 12, 2009

BALIK KAMPUNG OH BALIK KAMPUNG


Salam

Ramadan makin hampir meninggalkan kita,bagi saya masih bertanya nilai Ramadan saya tahun ini berbanding dengan yang lepas-lepas. Kalau mengikut ukuran saya, masih banyak kelemahan yang jelas dan nyata yang perlu diperbaiki.Doa dan harapan supaya saya dapat bertemu lagi Ramadan akan datang.InsyaAllah.

Minggu depan Aidilfitri akan menjelma. Memang kebiasaan bagi yang ada kampung halaman akan teruja untuk balik kampung. Saya dan keluarga juga akan balik ke Terengganu selewat-lewatnya hari Jumaat( selesai urusan delivery kek pada pelanggan).

Mak saya selang dua hari bertanyakan saya bila akan bertolak,pukul berapa boleh sampai dan sebagainya. Raya tahun ini nampaknya hanya dua keluarga (dari 9 beradik) sahaja yang akan beraya dengan mak dikampung. Lain-lain beraya dirumah mertua masing-masing. Mak paling risau kalau saya tak balik kampung sebab setiap tahun saya memang calon terpilih beraya bersamanya.Sebabnya saya dah tak ada rumah mertua untuk dituju (ibu bapa suami dah meninggal dunia).

Waktu-waktu begini saya kenalah menjawab panggilan telepon dari mak,sebab dia takut saya tak jadi balik. Alhamdullilah saya masih mempunyai seorang ibu untuk saya dan keluarga menumpang singgah dihariraya. Saya tak dapat nak gambarkan bagaimana kami akan beraya dikl sahaja. Ya Allah panjangkan lah usia ibuku dan berikanlah kesihatan yang baik padanya.Amin

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hariraya Aidilfitri kepada semua customer saya dan pembaca blog yang sudi singgah kat blog ini. Maaf zahir dan batin jika ada kekurangan dan kesilapan semasa saya berurusan dengan tuan/puan atau ada tulisan saya yang kurang disenangi oleh pembaca.Marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah S.W.T semuga kedatangan Syawal akan membawa seribu keberkatan dan rahmat kepada kita.InsyaAllah

Wassalam

Sunday, September 6, 2009

AQILAH - LANGKAH BERMULA DGN UPSR


Salam.

Selasa 8 sept.2009 Aqilah Najwa akan menduduki peperiksaan UPSR. Perasaannya hanya Allah sahaja yang tahu tapi fizikalnya dia nampak biasa aja. Sebagai ibu, saya tidak memberi sebarang tekanan kepadanya dalam waktu-waktu seperti ini.

Perasaan saya, dalam saat anak nak menghadapi peperiksaan ???? Alhamdullilah saya boleh merasa tenang,tidak terlalu memikirkan samada Aqilah akan dapat 5A atau tidak dan saya betul-betul berserah kepada ALLAH S.W.T di samping mendoakan kejayaannya.

Pengalaman lalu,semasa anak sulung saya Muhammad Najmi mengambil peperiksaan yang sama, saya amat resah dan risau serta berada dalam keadaan tidak menentu. Mungkin ini pengalaman kedua, jadi saya boleh begitu relax tetapi sebenarnya apa yang saya pasti mental dan fizikal saya yang sihat (dengan mengamalkan bekam) dan lebih mendekatkan diri pada Allah membuatkan saya sentiasa berfikiran positif. Alhamdullilah.

Syukur pada Allah kerana sifat negatif risau,resah dan terlalu memikirkan sesuatu hingga melupakan perkara lain hampir hilang dalam diri saya. Sejak zaman saya di IPTA hingga bekerja
itulah sifat saya, kini saya membiarkan semua itu pergi dan saya memohon pertolongan dari Allah S.W.T supaya ianya kekal berterusan hingga ke hujung nyawa.

Untuk Aqilah Najwa, ibu maafkan kesalahan kakak(jika ada/tp ibu dah lupa ada ke tak) dan ibu halalkan semuanya untuk kakak lebih tenang dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T untuk menjawab kertas peperiksaan UPSR nanti.

Teruskan usaha dalam minit2 terakhir ini (ibu tahu kakak dah usaha habis-habisan berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan - tapi teruskan jangan mengalah), berdoalah kepada Allah kerana Allah Maha Mendengar dan bertawakallah. InsyaAllah kejayaan akan jadi milik kakak.

Wsalam.

* Untuk Ayah (yang) tqvm sudi korbankan cuti tiga hari untuk bagi semangat pada Aqilah.

Saturday, September 5, 2009

PROMOSI ALAT BEKAM-CUPPING SET











Alat Bekam (Cupping Set) untuk dijual. Harga RM 20.00 satu set. Diskaun akan diberi bagi pesanan kedua. Sila hubungi saya Naz 019 649 3155 atau email kak_e65@yahoo.com.
Pesanan anda akan di layan dengan segera.

Tuesday, September 1, 2009

BUBUR LAMBUK KG.BARU


Salam. Semalam saya dan anak-anak ke Masjid India untuk mencari baju raya.Dari pasaraya Sogo yang memang sentiasa penuh dengan orang akibat 'SALE', saya sempat meninjau bazar yang menjual segala persiapan hariraya yang ada di sekitar Masjid India. Pelik juga orang tak berapa ramai,hanya terdengar suara jeritan peniaga yang menawarkan jualan mereka.Orang berjimat agaknya.

Selepas membeli beberapa keperluan,saya dan family beredar dari situ dan menuju ke masjid Jamek Kg.Baru untuk menunaikan solat Zohor. Jam 3.00 ptg ramai juga berhenti untuk solat dan ada juga yang nampak sedang berehat, maklumlah puasakan. Saya dan anak-anak juga mengambil kesempatan melepaskan lelah dikoridor masjid. Memandangkan solat Asar hampir masuk saya dan keluarga mengambil keputusan untuk menunggu solat Asar terlebih dahulu sebelum beredar dari situ.

Azan Asar berkumandang. Habis aja azan, satu pengumuman dibuat mengajak orang ramai yang beratur di luar pagar masjid( dah siap beratur panjang utk dapatkan bubur lambuk) menunaikan solat Asar berjemaah terlebih dahulu. Bubur lambuk akan dibahagikan selepas solat Asar dan keutamaan untuk para jemaah.

Imam masjid memberikan nasihat yang ikhlas supaya yang wajib itu di dahulukan dan kemudia n disusuli dengan rezeki Allah (bubur lambuk). Walau pun kelihatan ramai yang bersolat jemaah tapi barisan di luar pagar masih panjang menunggu dan terus menunggu ??????? Selepas solat Asar barisan jemaah masjid yang agak pendek dibandingkan dengan yang di luar di berikan bubur terlebih dahulu. Alhamdullilah

Disebabkan saya (jemaah muslimat) tidak perlu beratur dan dah mengambil bubur, saya mengajak suami beredar dari barisan jemaah muslimin. Cukup dua bungkus untuk kami anak beranak,rezeki suami boleh jadi rezeki orang lain.

Saya meninggalkan masjid Kg.Baru dengan memberi peringatan pada diri saya sendiri,anak-anak serta suami supaya memperbetulkan nawaitu ketika berada di rumah ALLAH. Semoga Allah S.W.T melindungi kami,meluruskan jalan kami dan menerima taubat kami. Amin


Wassalam.

Thursday, August 27, 2009

REZEKI RAMADHAN I

Salam,

Jam 6.39 ptg relax sikit,hubby dah beli semua juadah berbuka serba sikit, masak nasi je.Rezeki juga namanya tu,kalau tak berpeluh kat dapur.Alhamdullilah.

Sementara tunggu waktu berbuka buka cerita sket kat sini. Ini dua bungkusan set bekam yang telah di pos oleh suami pagi tadi. Satu ke Shah Alam dan satu ke Dengkil Selangor. Terima kasih pada yang sudi membeli.

Nampaknya bulan puasa ni ramai juga yang mencari alat bekam ni. Berbekam dalam keadaan berpuasa adalah dibolehkan (rujuk m/s 54 - 65 Bekam Cara Rasullulah S.A.W)

Untuk buang angin,rasa loya atau sakit perut akibat salah makan masa berbuka boleh di atasi dengan bekam angin. InsyaAllah berkesan ....cubalah


Terima kasih pada En.Selamat dan En.Farhan yang telah membeli alat bekam dua tiga hari yang lalu. Semuga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dengan dibantu oleh alat bekam ini.

Wasalam.

Wednesday, August 26, 2009

REZEKI RAMADHAN

Alhamdulillah,Segala Puji Bagi Allah. Hari pertama ramadhan kami sekeluarga dah dapat jemputan berbuka puasa kat rumah jiran sebelah(adik saya lah tu).Satu hari menahan lapar dengan berpuasa,kemeriahan berbuka amat terasa dengan semua adik beradik berkumpul.

Yang paling seronok melihat telatah anak-anak kecil sekitar umur 5 ke 6 tahun yang baru mula belajar berpuasa. Semua nampak keletihan dan tak bermaya. Saya sempat memujuk Afiqah supaya sabar dan melayannya membaca buku atau menonton tv bersama.Alhamdullilah Afiqah berjaya puasa penuh pada hari pertama.

Anak buah saya Syafiqah 6 tahun juga berpuasa. Sedihnya 5 minit sebelum waktu berbuka dia dah mula minum air yang terhidang di depannya kerana terlalu dahaga. Mula-mula ayah di (Pak Su-adik bongsu saya) memarahinya tapi saya mula pujuk Shafiqah dengan mengatakan Allah terima puasa dia sebab dia tak sengaja minum air tu. Kesian Shafiqah.

Apa pun yang berlaku saya melihat ini sebagai satu proses pembelajaran untuk anak-anak kita menghadapi dunia mereka di kemudian hari. Anak-anak yang berusaha untuk berpuasa perlu di kasihi dan disayangi melebihi pada hari-hari biasa kerana pengorbanan mereka untuk tidak makan atau minum sehari suntuk.Hargai usaha mereka dan berikan galakan pada hari berikutnya tanpa sebarang paksaan.

Latihan ini akan kekal dalam ingatan mereka sehingga mereka dewasa.InsyaAllah



Gambar - Syafikah,Abah & Ummi serta adiknya Alia.

Friday, August 21, 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN

Salam. Selamat Datang Ramadhan,biarlah hati ini ikhlas menerima kedatanganmu,dan sempurna dalam mengamalkannya.

Malam ini Jumaat 21/08/09 akan bermula rutin setiap ibu untuk bangun sahur dan menyiapkan apa yang patut untuk keluarga. Alhamdullilah anak-anak Najmi(15),Aqilah(12),Atiqah(9) dan Afiqah(6) seakan dah bersedia menanti Ramadhan. Mereka memang saya galakkan berpuasa dari umur 5 tahun lagi. Setakat ini tiada sebarang masalah yang dihadapi dan dalam usia 6 tahun mereka dah berpuasa penuh.

Reaksi Atiqah dan adiknya Afiqah menyebut ye.. ye.... esok puasa membuatkan saya bersyukur kerana mereka seronok untuk meyambut Ramadhan sebagaimana seronoknya bila nak berhari raya. Saya pasti anak-anak yang ceria dan sihat membuatkan minda mereka ke arah berfikiran positif untuk menghadapi apa jua situasi.

Saya tidak mendidik mereka dengan ganjaran yang berlebihan tetapi sekadar bertanya pendapat atau makanan kesukaan mereka untuk bersahur atau berbuka. Seperti tahun-tahun yang lepas kami suami isteri seboleh-bolehnya menunaikan permintaan setiap anak mengikut kemampuan dan tidak berlebih dalam setiap perkara.

Untuk bersahur seperti malam nanti mereka dah mula merancang apa yang nak dimakan dan minuman kegemaran masing-masing. Saya tak pernah lupa untuk menyediakan kurma (dimakan sebiji seorang) dan sesudu madu (madu khaula) selepas mereka bersahur.
Dari pengalaman yang lepas kedua makanan amalan Rasullulah inilah yang membantu anak-anak saya dapat bertahan untuk berpuasa sehari penuh.Syukur Alhamdullilah.

Selamat Bersahur dan Berpuasa dengan sempurna nanti. Wassalam


Wednesday, August 19, 2009

MURAH DAN BERFAEDAH

Assalamulaikum semua.

Syukur pada Allah S.W.T bertemu lagi kita. Saya masih diberi Allah nikmat kehidupan yang tak ternilai harganya. Sekali sekala teringat juga untuk muhasabah diri,andai dijemput Allah bagaimana ya? Saya sentiasa berdoa semuga segalanya dipermudahkan dan saya redha akan ketentuanNya. Membaca susur kehidupan Allahyarham Ustaz Asri (Rabbani) menjadikan saya menginsafi diri dan meneliti kekurangan yang ada.

Mungkin terlalu jauh untuk mencontohi sifat-sifat baik yang ada padanya tapi masih belum terlambat untuk memula dan melakukannya. InsyaAllah.

Kepada semua pelanggan alat bekam yang saya hormati. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dalam menjaga alat bekam yang dikatakan murah ini tapi bagi saya khidmat dan faedahnya amat bermakna sekali untuk saya meneruskan kehidupan hari ini.

Perkara yang sering dialami bila menggunakan alat bekam ini.

1. Punat merah tercabut dari cup.

Jangan dibuang kerana masih boleh digunakan,iaitu dengan meletakkannya kembali di hujung cup dan gunakan pump seperti biasa. Yang penting jangan hilangkan punat merah merah itu.

2. Pum seakan longgar dan tidak boleh melekatkan cup pada kulit.

Buka bahagian atas pum dan bersihkan dengan sehelai tisu pada getah dan spring yang ada dalam pump . Biasanya getah dan spring diselaputi dengan benda yang berminyak/berair selepas aktiviti bekam dilakukan beberapa kali. Setelah bersih ia boleh digunakan semula.

3. Cup retak/pecah.

Cuba elakkan daripada cup jatuh atau menggunakannya dengan cara yang tidak betul.


4. Simpan ditempat yang kering

Saya menyimpan alat bekam dalam sebuah bakul yang berupa seperti penapis. Selepas digunakan basuh/lalukan dengan air dan sejatkan di dalam bakul tersebut. Insyallah alat bekam akan sentiasa kering dan mudah digunakan bila perlu.


Jika tuan/puan ada mempunyai cadangan atau pandangan yang baik untuk kepentingan kita bersama sila emailkan pada saya di kak_e65@yahoo.com atau hubungi saya di 019 6493155.

Selamat Datang Ramadhan.

~Ya Allah berikan saya kesempatan untuk bersama Ramadhan tahun ini~ Amin


Thursday, August 13, 2009

H1N1 DAN DEMAM

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Syukur pada Allah S.W.T walaupun semua ahli rumah ni dah terkena demam (suami,Najmi,Aqilah.Atikah dan Afiqah) minggu lepas tapi saya masih bertahan dan sihat walafiat.

Menjaga anak bujang saya Najmi yang diserang demam mencecah 40 darjah celcius menguji kesabaran saya. Tidur meracau, payah makan ubat dan minum air menjadikan saya jururawat yang tak bertauliah(shif mlm). Saya berjaga malam untuk dia makan ubat,minum air atau memantau suhu badan. Najmi dapat jangkitan demam dari sekolah selain aktif kat padang bola setiap hari.

Hari pertama lembik semacam,walau makan ubat panas masih tak kurang,hari kedua saya mula ambil set bekam dan membekam badan dia.Dari luar cup dah nampak wap dari panas badan dia.Macam biasa walaupun berperang untuk bekam darah saya paksakan juga untuk dia pulih cepat dari demam.Saya berikhtiar supaya demam dia tak berlarutan dan minta dijauhkan dari virus yang menjadi sebutan ramai sekarang.

Hari ketiga dah nampak makin pulih dan petangnya dah minta izin untuk keluar meneman kawan-kawan ke klcc mencari baju dan kasut raya. Sambil berseloroh saya cakap 'kalau ibu kena berjaga lagi malam ni sbb abang demam sila tidur kat luar' sambil ketawa dia cakap dia dah betul-betul sihat.

Alhamdullilah dia dah sihat sedangkan ada kawan-kawan sekelas yang hampir seminggu tak ke sekolah kerana demam.

Suami saya demam satu hari esoknya dah pergi kerja,begitu juga anak-anak perempuan yang demam (agaknya berjangkit dari abang) tapi tak berlarutan.Semua saya usahakan dengan mengambil ubat diklinik dan rawatan bekam sebagai alternatif kedua.

Ahli keluarga saya juga mengamalkan makan madu dan kurma setiap hari. Agaknya sebab itulah virus tak hinggap lama kat tubuh badan kami.Alhamdullilah.

Apalagi yang mampu kita lakukan selain berusaha dan bertawakal kepada Allah supaya dijauhkan dengan wabak penyakit ini. Jumpa lagi.

Inallilah ...... Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali, sedang saya leka dengan entry ini sms berbunyi dari suami `Vokalis Rabbani Asri Meninggal Dunia'. Saya peminat saudara Asri,terpana dengan zikir-zikir yang dialunkannya terutama di channel astro 106.

Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin .Amin


Nampak tak wap panas yang keluar dan melekat kat cup tu....
Lepas bekam nilah anak bujang saya dah ok seperti sedia kala.Tak lembik macam sayur lagi.

Wednesday, August 12, 2009

UJIAN ALLAH DAN REDHA KITA

Subhanallah Maha Suci Allah, baru semalam saya teringatkan makcik Enon dan pagi ni saya diberitahu oleh anak beliau Makcik Enon terjatuh dirumahnya (tinggal sorang setelah kematian suami mcm mak saya) mukanya bengkak dan badan-badannya lebam. Dia mengadu ada tak kena pada matanya akibat jatuh tersembam ke lantai. Anak-anak akan bawa dia ke klinik ari ni dan saya akan bertanya khabar tentang beliau nanti.(ada kesempatan hujung minggu ni nak ziarah dia)

Tersentak dengan berita tu,saya terus menelefon mak kat kg. Seperti biasa suara ceria menandakan mak saya masih sihat walafiat cuma katanya 'aku sakit lutut tak leh tido,makan langsat banyak sangat'.Ni baru lepas berbekam keluar buih kat lutut aku'.Ini benda yang biasa saya tengok bila membekam orang yang sakit lutut. Toksin yang keluar bersama darah kotor akan melegakan mak saya. Saya yakin itu berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain.

Kenapa kita selalu kena mengamalkan bekam?.Ibarat kita makan makanan yang tak berkhasiat dan keluar melalui najis yang nyata hampas makanan yang tak membawa erti apa-apa pada tubuh badan kita. Begitulah amalan berbekam, satu alternatif bagi mengeluarkan toksin dan bendalir kotor yang berada dibawah permukaan kulit kita. Kekotoran yang keluar menjadikan kita sihat dan bertenaga seperti lepas kita ke bilik kecil. Bayangkan kalau dua tiga hari hampas itu tidak di buang .....................???????? dan toksin melekat bertahun2 dalam tubuh tanpa dibuang.........??????? kanser,strok,gout dan macam2 akan menyapa kita. Usaha,tawakal,redha dan renungkanlah.


Sunnah Qouliyah yang Menganjurkan berbekam

Hadith : Dari Ibnu `Abbas r.a:

Ertinya :

"Kesembuhan itu terdapat pada tiga perkara yakni minum madu,sayatan alat bekam dan kay dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku dari `kay'.

(Shahihu Albukhari,Ath-Thibb,Juz1,hal 5680)

Kay - cara pengubatan dari bahan tumbuhan dibakar dan ditusuk ke kulit.


Hadith : Dalam riwayat Tirmizi dri Ibnu Mas'ud dari riwayat Baihaqi

Ertinya :

"Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan Malaikat pun pada malam aku diisra'kan kecuali mereka berkata `Wahai Muhammad,perintahlah umat kamu agar berbekam!"

(Shahihu Al-Jami':5671)


Sila rujuk bab 2 m/s 10 hingga23 mengenai SUNNAH QOULIYAH YANG MENGANJURKAN BERBEKAM dalam buku Penyembuhan Penyakit Kaedah BEKAM Cara Rasullulah s.a.w


Sekian yang baik itu datangnya dari Allah untuk kita renung dan kongsi bersama.Wsalam

Monday, August 10, 2009

APA KHABAR MAKCIK ENON?

Ini gambar mak saya dan makcik
Enon(tudung putih)

Pagi ini saya teringatkan Makcik ini yang memang saya kenal dah lama.Sekali sekala kelibatnya muncul di rumah anaknya kat sebelah rumah saya.Makcik ni tinggal kat Senawang. Satu hari Makcik Enon minta anaknya buat temujanji dengan saya untuk berbekam.

Makcik ni menghadapi masalah sakit-sakit sendi dan lutut. Itu lumrah bagi orang yang telah berusia 60an. Dia mengadu sukar untuk sujud dan rukuk semasa solat dan susah nak tidur. Satu yang saya perasaan daya ingatan Makcik Enon juga makin kurang sebab dia akan bertanyakan saya soalan yang sama dua tiga kali. Malah kadang-kadang dia lupa nama saya.

Saya mula membekam bahagian belakang dan lutut Makcik Enon. Mencari titik asas bahagian yang sakit, (boleh rujuk buku bekam m/s 114) dan dilakukan berhati-hati kerana kulit bagi warga tua memang amat sensitif.

Saya berjanji untuk sambung membekam Makcik Enon esoknya disebabkan tidak mahu memudaratkan beliau dengan kesan luka yang banyak.

Bila saya datang pagi esok dengan tersenyum Makcik Enon bagitahu saya lututnya dah ok dan pagi tu dia solat subuh dengan tidak payah menahan sakit.Alhamdullilah.

Saya meyambung kerja-kerja membekam dan Makcik Enon berjanji untuk selalu berbekam untuk melancarkan perjalanan darah dan merawat kesakitan yang mengganggu rutin hariannya.

Sampai hari ini saya masih belum nampak kelibatnya dan saya rasa terkilan kerana belum dapat membekam Makcik Enon untuk merawat bagi meningkatkatkan daya ingatannya (rujuk m/s 124 titik asas bagi tingkatkan daya ingatan dan konsentrasi).Mana tahu dengan usaha dan ikhtiar yang sedikit ini dengan izin Allah Makcik Enon tidak ke arah nyanyuk yang teruk.

Untuk Makcik Enon, saya doakan beliau dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan.Amin

Thursday, August 6, 2009

PENYAKIT OH PENYAKIT

Umum telah maklum bahawa penyakit HINI atau selsema babi setakat ini telah meragut 14 nyawa di negara kita. Yakinlah bahawa setiap musibah yang Allah S.W.T beri ada hikmah yag tersembunyi. Sebagai umat Islam marilah sama-sama kita berdoa supaya dijauhkan bencana ini dari diri kita dan insan-insan yang kita sayangi. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Nak cerita hal sakit lagi, Isnin lalu saya tak lepas dari diuji Allah dengan penyakit. Sehari berpuasa saya berbuka dengan sedikit air dan buah rambutan (mak kirim dari kampung) tanpa mengambil makanan berat. Saya rasa dah ok,tapi signal tubuh tidak menerima semua tu.

Dari jam tiga pagi (jadual tido saya) perut mula meragam dan kerap ke bilik kecil. Kesakitan hanya Allah sahaja yang tahu sehingga saya memuntahkan angin (sebab x da makanan) dan asid dari buah rambutan.

Apa yang saya ingat hanya mengambil alat bekam dan mula membekam perut yang terus memulas. Agak nya Allah nak meringankan dosa-dosa saya,saya diuji dengan kesakitan yang berpanjangan sampai ke pagi (solat subuh pn terbongkok2 tahan sakit).

Saya tak putus asa, mula buat bekam darah disekitar perut,Alhamdullilah syukur pada Allah kesakitan makin beransur hilang. Untuk kesan yang lebih cepat saya ambil sebiji pain killer.
Terus boleh buat kerja. Tak boleh MC sebab sapa nak bagi MC kat housewife?

Kalau saya ke klinik dua tiga ubat perlu saya makan spt ubat angin,sakit perut dan cirit- birit (menambahkan racun dalam badan-bukan saya kata tp mengikut apa yang saya baca)
Dengan berbekam saya hanya ambil satu ubat sahaja (tu pn saya nak cepat baik sbb nak memasak, membasuh dsb)- bekam ni hanya rawatan alternatif untuk tidak terlalu bergantung pada ubat.

Alhamdullilah hari ini,detik ini dan jam ini AKU MASIH SIHAT.

Tuesday, August 4, 2009

PROMOSI ALAT BEKAM -CUPPING SET












Alat Bekam (Cupping Set) untuk dijual. Harga RM 20.00 satu set. Diskaun akan diberi bagi pesanan kedua. Sila hubungi saya Naz 019 649 3155 atau email kak_e65@yahoo.com. Pesanan anda akan di layan dengan segera.

Monday, August 3, 2009

AFIQAH KENA BEKAM (BATUK)




Afiqah anak bongsu saya.Umur 6 tahun, tapi suka makan ice-cream dan masih menyusu botol. Akibatnya dia akan selalu batuk dan berkahak. Masih boleh tersenyum bila ibu nak bekam dan redakan batuknya.












Tengok,Afiqah memang ada masalah.Darah kotor keluar dari liang luka yang saya gariskan kat badan dia. Dia relaks aja sebab dah biasa ibu bekamkan dia.
















Darah kotor yang keluar dari bawah kulit Afiqah yang menyebabkan dia batuk dan berkahak.

















Dah habis,sapu je minyak gamat esok baik tapi jangan bagi mandi dalam masa 2 jam takut pedih. Esoknya batuk Afiqah dah reda( Alhamdullilah) dan bekam tak memudaratkan si kecil saya walaupun gambar-gambar ini nampak macam mendera Afiqah.

Friday, July 31, 2009

BUNGKUSAN SET BEKAM (DI POS)

Gambar yang sempat diambil dari beberapa set bekam yang di beli oleh pelanggan saya. Jika berhajat sila hubungi saya di 019 649 3155 or email kak_e65@yahoo.com. Pesanan tuan/puan akan dilayan SEGERA.

Wednesday, July 29, 2009

AL FATIHAH

Al Fatihah untuk arwah Abg Razali (biras suami saya) yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 July 09 jam 8.30 mlm akibat serangan strok (sama macam arwah Yasmin Ahmad)

Saya dan suami menziarahi jenazah alahyarham di kediamannya di Taman Putra Ampang jam 11.00 mlm semalam. Walaupun telah ditentukan Allah akan ajal maut setiap mahluk di dunia ini,kita sebagai hambanya perlu berusaha untuk menjaga kesihatan diri di setiap masa dan ketika. Amalan pemakanan yang baik,bersenam, rehat yang cukup dan bukan dalam dunia stress antara tip-tip kesihatan yang sering kita dengar dan baca untuk diamalkan setiap orang.

Tapi cukupkah itu semua jika di dalam tubuh badan kita terkandung toksid dan racun yang tidak boleh dikeluarkan oleh perubatan moden. Fikirkanlah ????

Logik akal saya mengatakan amalan moden hanya memasukkkan ubat-ubatan yang kita sebagai orang awam tidak tahu kandungannya(doktor lebih tahu sbb itu bidang mereka) sedangkan amalan berbekam mengeluarkan darah kotor,peluh dan lendir yang menyekat pengaliran darah dalam tubuh kita. Subhanallah Maha Suci Allah akan nikmat yang diberikan ini.

Saya tidak menolak perubatan moden kerana sesekali saya masih memakan panadol jika hendakkan kesan yang cepat (jika sakit kepala) tapi dalam masa yang sama saya membuang sisa-sisa yang tidak baik dari kesan pengambilan panadol itu dengan berbekam.

Semalam balik dari ziarah, saya dan suami mula mengambil 'blood pressure monitor' dan mengukur kadar bacaan tekanan darah kami. Alhamdullilah bacaan masih diparas minima 130/80 walaupun suami tidak dalam kawalan ubat darah tinggi (stok ubat ada tapi makan bila perlu shj) Amalan berbekam kami jadikan rutin dua minggu sekali. Alhamdullilah.

Fakta tentang strok - ada kaitan dengan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal. Sila ke http://www.nasam.org/bahasa/pencegahan menyebabkan strok.php.

Sayangi diri kita, keluarga kita dan sahabat handai kita serta kaum muslimim dan muslimat yang lain dengan meyebarkan ilmu menjaga kesihatan supaya kita mendapat keredahaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat.

Wsalam.

Tuesday, July 28, 2009

CARA MENGGUNAKAN ALAT BEKAM


Langkah 1

Letakkan muncung pam (warna hijau) di atas punat cup(warna merah) dan pam beberapa kali di atas permukaan kulit sehingga cup melekat dengan betul dan kemas pada kulit.













Langkah2

Cabutkan muncung pam dari cup dan biarkan cup berada di permukaaan kulit selama 5 hingga ke 10minit.Proses membekam angin sedang berlaku.
















Langkah3

Tarik muncung merah pada cup untuk melepaskan cup pada permukaan kulit.Proses membekam angin berakhir.Ulang langkah 1 dan 2 di tempat yang sama 2 hingga 3kali jika perlu.









Monday, July 27, 2009

AKU MASIH SIHAT




Syukur pada Allah saya masih diberikan kekuatan untuk mengerakkan jari jemari saya di atas keyboard ini untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan sesiapa sahaja yang sudi membaca atau melawat blog ini.

Minggu lepas saya amat sibuk menyiapkan tempahan kek (saya pengusaha homemade kek -sila lawat blog saya http://kekcoklat-naz.blogspot.com) Tidur dan makan yang tidak menentu sedikit pun tidak menganggu kesihatan saya (Alhamdullilah sangat2) sepanjang minggu. Malah saya sendiri tertanya-tanya dari mana datangnya tenaga untuk saya menjalankan kerja -kerja membuat kek yang di tempah selain boleh dengan selesa dan tanpa malas menjalankan amalan wajib dan sunat untuk bekalan saya bila bertemu Allah kelak.

Tidur saya lewat 3pagi,boleh bangun 5.30pagi untuk menguruskan bekalan dan sarapan suami serta anak-anak yang akan ke sekolah dan tempat kerja. Walaupun saya seorang surirumah tangga sepenuh masa itu bukan tiket untuk saya menqada tidur saya. Rutin saya berlarutan sehingga ke jam 7.00mlm,tiada rehat yang wajib seperti masa-masa saya bekerja dipejabat dulu.

Saya pasti, sejak mengamalkan bekam saya tiada langsung mengalami rasa penat,sakit sendi,sakit pinggang ,sakit kepala dan lain-lain penyakit ringan yang pernah saya alami sebelum mengamalkannya. Kalau dulu pening kepala, sakit perut,penat yang keterlaluan itulah yang menganggu kehidupan saya sehari-hari. Mengambil ubat atau meletak ubat ditempat yang sakit hanya bersifat sementara dan penyakit yang sama sentiasa berulang-ulang.

Kini kalau sakit seperti itu meyerang saya hanya mengambil alat bekam dan menyedut angin atau toksid di tempat yang sakit itu. Contohnya kalau rasa sakit kepala berbekamlah di bahagian kedua belah bahu dan insyaAllah ianya boleh melegakan.(rujuk pada buku titik-titik asas bekam di m/s 138 dan 139 - buku ini ada saya jual, klik kat bhg buku bekam) .

Syukur Alhamdullilah alat bekam ini sebagai rawatan alternatif untuk saya lebih sihat dan cergas berbanding dahulu. Jadual temujanji dengan doktor juga makin saya skip (dulu 4 bulan ke 6 bulan sekali - saya ada kencing manis-mewarisi dari arwah ayah) Hasil pemeriksaan dirumah bacaan gulcose saya masih ditahap minima(dulu kena ambil ubat untuk control)

Dr.Sharifah Sakinah Ampang Putri mesti marah, sebab saya tak ikut date temujanji,tapi kebiasaannya bila dah jumpa, dia akan tunjuk tanda good pada saya sebab berjaya control gula dalam darah dengan begitu baik. Apa rahsianya ya???? nantilah saya kongsikan dientry akan datang.Wsalam

Tuesday, July 21, 2009

NAJMI DEMAM


Semalam hari Selasa Najmi anak sulung saya demam. Saya dah perasan keadaan dia yang layu dan tak ada selera makan dari hari Isnin lagi. Saya nasihatkan dia supaya berbekam untuk meredakan batuk dan hidung yang berair.

Saya dah tahu jawapannya, mesti' tak nak' sebab dia ni penakut dengan jarum. Hari nak ada suntikan vaksin di sekolah dia minta saya doakan supaya dia tak rasa sakit bila di suntik atau dia nak ponteng sekolah hari tu. Sebagai seorang ibu yang memahami ketakutannnya saya memberikan semangat supaya melawan ketakutan itu sebab dia akan menjadi seorang lelaki dewasa yang satu hari nanti perlu memberi perlindungan pada saya dan adik-adik perempuannya.

Bebalik pada cerita demam, saya biarkan dia melawan batuk dan selsema sambil suruh dia berbekam. Bila saya keluar ke kedai, dia dah mula bekam dadanya dengan bekam angin (saya nampak bekas bekam kat dada dia) Rupanya dengar nasihat juga anak saya ni.Alhamdullilah.

Bila batuk dia dah mula reda dan nampak ok saya ajak dia ke klinik untuk berjumpa doktor. Dia perlukan surat m.c sbb semalam tak sekolah. Doktor kata demam biasa dan nasihatkan banyak minum air.

Walaupun saya yakin rawatan bekam ini boleh meyembuhkan demam anak saya,tapi saya masih bergantung kepada nasihat doktor untuk megenalpasti penyakit lain yang mungkin ada (merujuk kepada H1N1 yan makin menular sekarang). Dengan berbekam + doktor, demam Najmi tak berlarutan dan dia dah kembali sihat serta ke sekolah. Alhamdullilah.

Masa kat klinik saya nampak semua kakitangan dan doktor pakai 'mask'. Dalam hati risau juga
takut ada kes H1N1 ditempat ini. Tapi Allah tempat kita memohon pertolongan,minta dijauhkan segala bencana. Amalkan membaca Al Hayyu ertinya yang hidup (salah satu dari 99 nama Allah) untuk terhindar dari segala penyakit (baca sebanyak 300,000x atau yang mampu)
sumber - dari buku Rahsia Agung 99 Asma Ul Husna.

Sunday, July 19, 2009

KENDURI SUNAT QAWEM ALLIF

Masa cuti sekolah yang lepas, adik saya Maznah buat kenduri sunat anak bujangnya Qawem Allif. Macam biasa kami adik beradik akan berkumpul membaca yassin dan doa selamat sebelum upacara khatan esoknya di hospital.

Adik bongsu saya (Pok Su) mengadu sakit-sakit badan dan isteri dia mengadu sakit perut (gastrik). Disebabkan rumah saya sebelah menyebelah dari rumah kenduri,selesai aja jamuan makan saya mengajak Po Su ke rumah saya untuk berbekam. Mula-mula buat bahagian belakang badan. Saya rasa nak pitam bila darah bewarna hitam dan berlendir keluar dari liang-liang luka yang saya gariskan dibadan Pok Su.Bila saya lapkan dengan tisu dan tunjukkan pada dia, Pok Su minta saya lukakan dalam-dalam biar darah keluar lagi.Saya nasihatkan dia itu bukan cara yang betul dalam berbekam sebab luka yang besar akan merosakkan jaringan darah. Kaedah berbekam boleh dilakukan lagi ditempat yang sama selepas tiga minggu.

Selepas badan saya buatkan dikaki Pok Su,kuasa Allah tiada tandingnya dari garisan luka kecil dikaki dan setelah dipam, darah hitam pekat yang berbuih-buih seakan air coca cola mula keluar. Inilah toksid-toksid yang terkumpul akibat tabiat merokok Pok Su. Saya tanyakan pada Pok Su kalaulah darah kotor ini tidak dibuang apa akan jadi 5 hingga 10tahun akan datang. Masa tu darah ini akan membentuk menjadi kanser atau sebagainya. Nauzubillah.

Sepanjang saya membekam diri sendiri atau orang lain, yang peliknya tiada darah cair yang keluar dari liang luka yang saya buat, Maha Suci Allah yang mambekalkan ilmu ini kepada umat Muhammad dan saya rasa satu kerugian jika kita sebagai umatnya tidak peduli atau tidak mengamalkannya.

Pada isteri Pok Su saya bekamkan bahagian perut yang berasid bagi melegakan kesakitannya. Alhamdullilah sekurang-kurangnya ini satu perubatan alternatif yang ada untuk mambantu dia.

Adik perempuan saya (Mok Ju, dia ni misi) dan suami mula terpengaruh dengan rawatan ini dan membeli satu set alat bekam dari saya begitu juga Pok Su. Saya sarankan supaya mereka rajin melakukannya sendiri dirumah.

Esoknya Mok Ju sms saya 'darah Jai hitam dan pekat' (Jai suami dia juga perokok). Alhamdullilah ada usaha untuk menghindarkan penyakit yang selalu hinggap pada perokok.

Maaf saya tak sertakan gambar dari cerita-cerita ni sebab tak terfikir pun masa tu nak tunjukkan bukti atau berkongsi dengan semua orang. Lain kali InsyaAllah ada.

Wednesday, July 15, 2009

HAJJAH ZAWIAH BINTI OMAR (MAK SAYA)

Dia lah ibuku dunia dan akhirat.Walaupun dah mencapai usia 67 tahun tapi masih cergas dan begaya. Namun siapalah kita, bila dah dimamah usia sakit pening tak mampu kita elak lagi.

Hajjah Zawiah sakit lutut,dalam-dalam sakit lutut masih mampu bawa kereta ke sana kemari,kerumah anak menantu dan ke mana saja dia nak pergi.(tok mek panggilan dari cucu2 yang seramai 36 0rang).

Mak saya ni kerap turun kl untuk berbekam sebab tulah dia nampak awet muda dan sihat.Sejak saya dah pandai berbekam sayalah jadi sasarannya setiap kali dia datang melawat anak cucu disekitar kl ni.

Berbakti pada bonda sendiri,berkat hidup.Itulah rutin saya, bila dia kerumah saya sessi bekam membekam akan bermula. Saya kerap lakukan bekam dibahagian atas lutut beliau yang selalu kejang dan sakit. Dulu kalau nak turun dari kereta (dia memandu) mesti kena pegang pintu dulu baru boleh berdiri.Sekarang nampak ok je.

Kerap mengadu tak boleh tidur sebab bisa-bisa dalam badan.Bila dah buat rawatan bekam dia akan kata 'aku tak sedar apa-apa pun tido semalam' (lena sangat lah tu).

Bila time cuti sekolah mesti tanya bila nak balik sebab 'mek nak suruh mu bekam' speaking trg.
Selagi hayat dikandung badan saya berusaha untuk membahagiakan dia dengan cara saya. Tiada wang ringgit yang banyak untuk saya berikan padanya, hanya inilah amal bakti saya selagi bonda saya masih ada didunia ini.

Alhamdullilah mak saya masih diberikan Allah kesihatan yang baik walaupun tinggal sorang diri kat kampung nun jauh di pantai timur. Terima kasih Allah.

Tuesday, July 14, 2009

SAKIT BAHU

Hari ini bahuku terasa sakit dan tangan pun agak kebas-kebas.Mungkin banyak sangat buat kerja rumah dan angkat barang-barang yang berat.Mula-mula tahan aja tapi lama-lama rasa macam tak selesa.Apalagi yang aku fikirkan terus ambil set bekam dan semak buku yang ada gambarajah tu.

Dua tiga cup aku sedut kat bahagian bahu sampai ke hujung tangan ikut titik asas yang ada dalam buku (m/s 122). Rasa macam nak bekam angin dulu tapi ubah fikiran biarlah darah jalan dengan elok. Ambil pisau cukur yang masih belum dibuka lantas aku gariskan pada bahagian yang dah dibekam angin tadi.

Allahuakbar memang bahuku ini ada masalah, darah kotor yang berbuih-buih keluar dari luka yang aku gariskan tadi. Aku lakukan dua tiga kali sehingga tiada darah lagi yang keluar,kusapukan minyak gamat ditempat luka yang sedikit itu,tak sakit pun sebab hanya garisan pisau aja yang nampak bukan luka betul pun.Esok baikllah tu dengan izin Allah.

Lepas bekam terus boleh buat kerja macam biasa dah tak rasa kebas-kebas dan sakit bahu lagi.Terima kasih Allah

MARI TAMBAH ILMU BEKAM DGN BUKU INI.(untuk dijual)


Buku ini saya gunakan sebagai rujukan untuk mengetahui cara berbekam mengikut sunnah Rasullulah S.A.W dan waktu yang sesuai untuk berbekam.

Terdapat juga gambar mengenai titik-titik asas bekam bagi merawat pelbagai jenis penyakit yang kita hadapi.

Antaranya :


1. Kegemukan

2. Penyakit Kaki Gajah atau Utut

3. Sakit Pinggang

4. Sembelit

5. Sakit Perut

6. Alergi Makanan

7. Sengal Tulang

8. Sesak Nafas

9. Asma

10. Kejang Otot

11. Gatal-gatal

12. Pusingan Haid Tidak Teratur

13. Kencing Manis

14. Darah Tinggi

15. Sakit-sakit Lutut

16. Sinus

17. Buasir

18. Sakit Bahu dan Tengkuk

19. Melancarkan Perjalanan Darah

20. Migrain


Sekadar menyenaraikan 20 penyakit sahaja di dalam buku ini terdapat sebanyak 93 jenis penyakit yang boleh dirawat dengan cara berbekam.Ditunjukkan beserta dengan gambarajah titik-titik asas yang perlu dibekam berdasarkan kepada penyakit yang kita hadapi.

Buku ini boleh didapati melalui saya dengan harga RM12.00. Jika ingin membuat pesanan melalui saya,sertakan sekali dengan bayaran pos biasa RM2.00 atau pos laju RM5.00. Sila emailkan kepada saya iqah65@yahoo.com atau hubungi 019 649 3155.

Friday, July 10, 2009

RISALAH MENGENAI BEKAM

Perkataan "Al Hijamah" berasal dari istilah Bahasa Arab yang bererti "pelepasan darah kotor" dan bukan "Al Fashd" (pembuang darah). atau dalam bahasa Inggris disebut dengan "Cupping". dan dalam bahasa melayu dikenal dengan istilah "Bekam". Bekam merupakan suatu teknik pengubatan Sunnah Rasulullah S.A.W yang telah lama digunapakai oleh manusia sejak zaman dahulu kala, kini pengubatan ini dimodenkan dan mengikuti kaedah - kaedah ilmiah, dengan menggunakan suatu alat yang praktikal dan efektif serta tanpa kesan sampingan.

I. Teknik Berbekam

Tekniknya adalah membuang darah kotor (toksid-racun yang berbahaya dari dalam tubuh, melalui permukaan kulit. Toksid / toksin adalah endapan racun / zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berada pada hampir setiap orang. Toksin - toksin ini berasal dari pencemaran udara, maupun dari makanan yang banyak mengandungi pewarna, sebuk penaik, msg, serbuk perasa, pemanis tiruan, racun-racun dari baja sayuran dll. Semua ini kita tidak dapat lari dari mendapatkannya secara langsung atau tidak dari makanan yang kita ambil setiap hari.

Kulit adalah organ yang terbesar dalam tubuh manusia, karena itu banyak toksid / racun berkumpul disana. Dengan berbekam dapat membersihkan darah yang mengalir dalam tubuh manusia. Inilah salah satu DETOKSIFIKASI (proses pengeluaran toksid / racun) yang sangat berkesan / mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghapuskan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh / badan serta memberi seribu harapan pada penderita untuk terus berikhtiar mendapat kesembuhan.

Berbekam dapat menghilangkan rasa sakit pada bahu dan tengkuk jika dilakukan pada bahagian tersebut. Juga dapat menghilangkan sakit pada bahagian kepala seperti muka, gigi, telinga dan hidung jika penyakit itu disebabkan oleh terjadinya penyumbatan darah atau kerosakan jaringan darah.

Abu Ubaid menyebutkan dalam kitabnya "Gharibul Hadits"melalui sanad Abdurrahman bin Abi Laila : "Bahwasanya Rasulullah Saw, melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang"

Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan, bisa dan sejenisnya. lebih-lebih jika negeri itu adalah negeri panas dan terjadi pada musim panas. Kekuatan racun itu mengalir keseluruh tubuh melalui darah sehingga tubuh berkeringat, racun sudah menjalar kejantung,maka yang keracunan itu tidak dapat dihalangg lagi. Nabi Muhammad S.A.Wmemilih berbekam pada tengkuknya karena tempat itulah yang paling dekat dengan jantung. Walaupun racun itu tidak keluar keseluruhannya.namun hal itu sudah cukup meringankan penderitaan orang yang keracunan itu.

Melakukan bekam dibawah dagu dapat menyembuhkan sakit gigi, sakit pada bahagian wajah, kerongkong dan pada urat leher, serta membersihkan kepala dan kedua telapak tangan. Berbekam pada belakang tapak kaki (bagian atas tapak kaki) dapat menggantikan venesection sephena, yaitu urat besar pada mata kaki, menghilangkan kutil-kutil yang tumbuh di kedua paha, betis serta tulang kering. Dapat menghentikan keluarnya darah haid (terputusnya menstruasi) dan gatal- gatal buah testis (kantung kemaluan laki-laki).

Berbekam dibawah dada diatas perut dapat menyembuhkan bisul-bisul, kurap/kudis, dan panau yang ada di paha. Kaki yang sering kebas, sengal-sengal, penyakit buasir (hermorhoid), penyakit kegajahan (kaki bengkak) atau elephantiasis, dan gatal-gatal pada punggung.

Sejak zaman mesir kuno lagi kaedah berbekam menjadi amalan bagi penyembuhan berbagai penyakit, seperti sawan (epilepsy), angin ahmar (stroke), hingga ke penyakit yang ringan seperti masalah kulit dan letih atau lesu. Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadits-hadits yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam.

Nabi Muhammad S.A.W merupakan insan yang pertama dibekam para malaikat dengan perintah Allah S.W.T sebelum Isra dan Mi’raj. Penjelasan dalam hadits Riwayat Ibnu Majah menerusi Katjir bin Salim. “selama aku berjalan pada malam Isra Mi’raj bersama para malaikat, mereka selalu berkata "Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam".

II. Jenis Bekam:

1. Bekam kering atau bekam angin (Hijamah Jaaffah), yaitu menghisap permukaan kulit tempat sekitarnya tanpa mengeluarkan darah kotor. Bekam kering ini berkhasiat untuk melegakan sakit secara darurat atau digunakan untuk meringankan kesakitan urat-urat punggung karena sakit rheumatik,

Bekam kering baik bagi orang yang tidak tahan suntikan jarum dan takut melihat darah. Kulit yang di-bekam akan nampak merah kehitam-hitaman selama 3 hari. Dan Insya Allah sangat baik disapu dengan minyak gamat untuk menghilangkan tanda lebam pada kulit yang selesai di-bekam.

2. Bekam basah (Hijamah Rothbah), yaitu pertama kita melakukan bekam kering, kemudian kita melukai permukaan kulit dengan jarum tajam (pisau cukur), lalu di sekitarnya dihisap dengan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor dari dalam tubuh. Lamanya setiap hisapan 3 sampai 5 minit, dan maksimum 9 minit, lalu dibuang darah kotornya. Penghisapan tidak lebih dari 7 kali hisapan. Darah kotor berupa darah merah pekat dan berbuih. Insya Allah bekasnya (kulit yang lebam) akan hilang 3 hari kemudian setelah disapu minyak gamat. Kulit yang lebam tidak boleh disiram air selama 3 jam selesai bebekam.. Jarak waktu pengulangan bekam pada tempat yang sama adalah 3 minggu .

III. Waktu Bekam….?

WAKTU PALING BAIK UNTUK BERBEKAM Sebaiknya berbekam dilakukan pada pertengahan bulan, karena darah kotor berhimpun dan lebih terangsang (darah sedang pada puncak berkumpul).

Anas bin Malik r.a. menceritakan bahwa : "Rasulullah S.A.W biasa melakukan hijamah pada tegkuk dan bahunya. Beliau melakukannya pada hari ketujuhbelas, kesembilanbelas atau keduapuluhsatu." (Diriwayatkan oleh Ahmad). . .

Pemilihan waktu bekam adalah sebagai tindakan preventif untuk menjaga kesihatan dan penjagaan diri terhadap penyakit. Adapun untuk pengubatan penyakit, maka harus dilakukan bila-bila masa diperlukankan. Dalam hal ini Imam Ahmad melakukan bekam pada hari apa saja ketika diperlukan.

Hal ini berdasarkan ucapan Rasulullah SAW : "Jangan sampai mengalami ketidakstabilan darah, karena itu boleh mematikan." …

Imam asy-Syuthi menukil pendapat Ibnu Umar, bahwa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik karena dalam hal itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat 2-3 jam sebelumnya. . .

IV. Alat Bekam

Ketika Rasulullah S.A.W melakukan bekam, beliau menggunakan kaca yang berupa cawan atau mangkuk. Dengan demikian jelaslah sudah bahwa teknik bekam dan peralatannya sudah ada dan dipraktikkan sendiri oleh Rasulullah S.A.W.

Pada zaman China kuno, bekam disebut sebagai "pengobatan tanduk" karena tanduk menggantikan kaca. Pada abad ke-18, orang-orang di Eropa menggunakan lintah sebagai alat untuk berbekam. Kini peralatan yang digunakan sebanding dengan perubahan zaman, dan teknologi tinggi. Peralatan bekam yang digunakan oleh team Bekam: Penghisap (hand pump),mangkuk (cupping set),pisau cukur,antiseptik (seperti dettol dsbnya).

V. Larangan Berbekam

Orang tua yang sakit dan uzur serta tiada daya dan upaya,Penderita tekanan darah sangat rendah (dianjurkan minum habbatussauda),sakit kudis yang kronik, pesakit diabetes mellitus, perut wanita yang sedang hamil dan wanita yang sedang haid,Selain itu pesakit leukemia, arlegi kulit serius, orang yang sangat letih / kelaparan / kenyang / kehausan / gugup tidak digalakkan berbekam.. Anggota tubuh yang tidak boleh di-bekam : mata, telinga, hidung, mulut, puting susu, alat kelamin, dubur. Juga bahagian tubuh yang banyak simpul limpa, dekat pembuluh darah besar yang ada varises, tumor, retak tulang serta jaringan luka .

PERALATAN BEKAM (CUPPING SET) untuk dijual




Ini adalah alat berbekam yang mudah digunakan samada dirumah atau dimana saja yang sesuai untuk keperluan kita. Alat ini terdiri dari 6 cup yang mempunyai saiz yang berbeza-beza.Ianya disertakan dengan hand pump untuk tujuan penyedutan angin ataupun darah dari kulit kita.

Cup ini diperbuat dari bahan plastik yang ringan,senang untuk dibersihkan setelah digunakan.Tidak perlu rendam didalam air terlalu lama,lalukan dengan air paip sahaja kemudian dikeringkan.Untuk pesakit yang berkongsi cup ini dengan orang lain disarankan supaya membasahkan tisu atau kapas dengan bahan samada dettol atau lain-lain bahan seumpamanya,disapu dan dikeringkan kemudian disimpan kembali dengan sebaik mungkin.

CARA PENGGUNAAN

1. Kenalpasti di mana tempat yang mengalami kesakitan,contohnya jika dibahagian lutut yang sakit letakkan sebiji cup didaerah atas lutut yang berisi (bukan atas tulang)tersebut.

2. Gunakan hand pum dan letakkan pada hujung cup kemudian dipam selama sekitar dua atau tiga minit.Terdapat keadaan dimana seolah-olah kulit anda berbenjol selepas dipam.Jangan risau kerana disinilah bermulanya proses membuang angin dan toksin dibawah kulit kita.

3. Biarkan sekitar 5 ke 10minit kemudian tarik punat merah diatas cup tersebut untuk melepaskan cup dari kulit. Terdapat kesan seakan lebam pada kulit tapi ianya akan hilang dalam masa beberapa hari. Ulang kaedah 2 dalam dua atau tiga kali ditempat yang sama.

4. Bagi memberi lebih kesan terhadap kesakitan yang dihadapi disarankan supaya melakukan bekam darah. Gunakan kaedah 1,2 dan 3 kemudian gunakan pisau cukur yang betul-betul tajam untuk digariskan dipermukaan kulit.Buat dua atau tiga garis jangan terlalu dalam kerana akan merosakan jaringan darah.

5. Ambil cup (setelah kaedah 3 dilakukan) gunakan hand pum dan pam sekitar dua atau tiga minit.Kesannya akan terdapat darah-darah kotor yang akan keluar melalui garisan yang dilakukan tadi.Ini menandakan bermulanya pembuangan darah kotor atau toksin yang sekian lama bersarang didalam tubuh kita.

6.Biarkan selama 5 ke 10minit kemudian cabut cup dan bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kapas.Ulang proses ini hingga dua atau tiga kali sehingga darah kotor tidak ada lagi.Sapukan minyak gamat pada luka tersebut dan insyallah akan baik dalam masa sehari dua.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut dan berhajat untuk membeli set bekam ini sila hubungi bekam NZ ditalian 019 649 3155.

MY TRUE STORY

Saya diberikan Allah S.W.T ilmu mengenai perawatan bekam ini disekitar tahun 1994. Pengalaman mengandung sulung pada ketika itu membuatkan saya letih dan lesu akibat ‘morning sickness’ sehingga dimasukkkan ke hospital berulang-ulang kali. Dengan kuasa Allah S.W.T saya mendapat petunjuk untuk melakukan kaedah rawatan bekam. Asalnya bekam hanya dilakukan disekitar bahagian kepala sahaja. Alhamdullilah penderitaan saya berakhir dan saya mula yakin dengan sunnah yang diamalkan oleh Rasullulah S.A.W.ini. Proses rawatan pada ketika itu dilakukan disebuah pusat rawatan didaerah Selangor.

Insiden kedua melibatkan anak perempuan kedua saya yang disahkan mengidap batuk kokol ketika berusia 5 tahun. Kami mendapatkan rawatan pakar di Hospital Tawakal tapi dengan izin Allah rawatan bekam juga yang menyembuhkan batuk itu. Sepanjang ingatan saya anak perempuan saya ini hampir tidak pernah mengalami batuk yang teruk selepas itu walaupun usia beliau kini meningkat ke 12 tahun. Alhamdullilah.

Bertahun-tahun saya mejalani rawatan bekam,pelbagai golongan pesakit yang pernah saya jumpa dipusat rawatan itu. Ada yang mengidap strok,sakit sendi,gout,penyakit kulit,migrain dan sebagainya tetapi sembuh dengan izin Allah.

Bermula dari situ saya mula menyebarkan kaedah rawatan ini kepada seluruh ahli keluarga saya temasuk datuk,nenek ibu, ayah dan adik-beradik saya. Mereka yang tinggal jauh di Terengganu akan turun silih berganti ke pusat rawatan ini hampir sebulan sekali atau lebih. Saya masih berterusan mengamalkannya walaupun kos yang ditanggung untuk melakukan rawatan ketika itu agak mahal.

Setiap kali melakukan rawatan, saya sentiasa berdoa supaya dipermudahkan oleh Allah S.W.T supaya saya dapat mempelajari kaedah berbekam yang betul dan yang paling penting alat yang digunakan untuk berbekam itu sendiri. Saya sudah biasa dibekam dan arif akan tempat-tempat yang patut dibekam. Setelah sekian lama saya dipermudahkan oleh Allah S.W.T mendapat alat berbekam yang murah,praktikal dan bersih dari seorang hamba Allah pada 2008 yang lalu.

Syukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan alat ini saya dapat melakukan rawatan bekam dirumah untuk diri sendiri dan seluruh keluarga yang saya sayangi. Suami yang kepenatan dari bekerja tidak perlu lagi diurut begitu juga anak-anak yang sakit perut,batuk atau keletihan diselesaikan dengan cara berbekam.Sakit sendi atau kebas-kebas tidak pernah saya alami sepanjang saya mengamalkan rawatan bekam ini. Yang paling penting saya tidak terlalu kurus atau gemuk dan perut saya tidak terlalu berlemak kerana saya menggunakan alat bekam untuk merawat bahagian itu Tidak perlu rawatan spa dan sebagainya untuk menjadi hamba Allah yang sihat dan boleh melakukan amal ibadat tanpa sebarang halangan penyakit

Walaupun saya mewarisi penyakit kencing manis dari allahyarham ayah saya,(ayah meninggal dunia pada tahun 2005 kerana diabetis mellitus,beliau tidak mengamalkan rawatan bekam lagi dan tidak berpantang makan) namun setiap kali saya membuat pemeriksaan berkala di hospital atau klinik, doktor akan memberi pujian dan kata-kata semangat kepada saya kerana saya seorang pesakit diabetis yang sentiasa menunjukkan rekod bacaan gula dalam darah yang baik. Alhamdullilah.

Begitu juga suami yang ada simptom darah tinggi,tetapi mengambil ubat hanya bila perlu sahaja dengan bacaan tekanan darah yang optimal setelah berbekam. Paling ketara tiada lagi suara dengkuran yang kuat sewaktu tidur kerana berbekam melancarkan penafasan beliau. Saya sedang dalam usaha untuk mengurangkan lemak perut yang masih berbaki pada beliau dan apa yang saya perhatikan beliau masih ‘maintain’ jika dibandingkan dengan setengah golongan lelaki yang nampak ketara berperut buncit. Tiada niat saya untuk memuji atau mengeji tetapi ini adalah antara pengalaman yang saya ingin kongsikan bersama saudara seugama untuk menjaga kesihatan orang-orang yang paling dekat dengan kita yang sudah tentunya amat kita sayangi.

Allah S.W.T telah memberikan kita jalan yang mudah untuk kita mengawal penyakit yang kita sendiri tidak tahu bila kunjung tibanya. Kenapa kita tidak mengamalkannnya sedangkan Rasullulah S.A.W sendiri meyakinkan kita bahawa cara perubatan inilah yang dapat membuang keracunan yang bersarang dalam tubuh kita.Hari ini berapa ramai saudara seugama kita yang mengidap kanser hati, payudara,usus dan sebagainya disebabkan toksin-toksin yang bermaharja lela di dalam tubuh mereka. Kita boleh berusaha seawal mungkin untuk mencegahnya dengan ilmu yang Allah S.W.T turunkan kepada hambanya.

Dengan bantuan dari Allah S.W.T saya ingin berkongsi kesihatan yang baik ini dengan saudara seugama dengan memperkenalkan alat bekam yang murah,selamat,praktikal dan bersih kepada saudara-saudara sekalian.Jangan terlalu berkira soal duit untuk mendapat manfaat yang baik.Alat bekam ini hanya dijual dengan harga RM20.00 dengan tambahan RM5.00 untuk belanja pos. Hadiahkan lah kepada insan yang tersayang terutama ibu bapa yang menderita sakit sendi,urat dan sebagainya. Alat ini boleh digunakan dengan mudah sekali tidak perlu jampi serapah dan sebagainya. (sila rujuk artikel bekam ) Minta pertolongan Allah S.W.T dengan seyakinnya untuk meyembuhkan apa juga penyakit yang sedang kita alami.

Bagi saudara –saudara yang sedang mengalami penyakit-penyakit yang disahkan oleh doktor diperingkat serius saya mengharapkan supaya merujuk kepada tabib-tabib bekam yang betauliah untuk mengamalkan kaedah bekam ini. Saranan untuk menggunakan alatan bekam dirumah ini adalah untuk saudara-saudara yang masih dikurniakan kesihatan yang baik tetapi kadang-kadang mengalami ketidakselesaan pada tubuh badan.Selain itu ianya juga dapat mengelakkan penyakit yang ada itu terus merebak dan menjadi musibah kepada kita.

Semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa diberikan kesihatan yang baik InsyaAllah. Badan yang sihat mencergaskan minda serta memampukan kita untuk beribadah kepada Allah S.W.T sebagai bekalan utama kita ke alam akhirat nanti. Kepada Allah S.W.T saya mohon keampunan jika apa yang saya sampaikan ini membawa keburukan dari kebaikan. Pertolongan dari Allah S.W.T saya minta semoga saudara-saudara mendapat manfaat dari artikel ini. Wsallam.

Disini saya downloadkan gambar alatan bekam yang dinyatakan. Sila hubungi saya di 019 6493155 untuk membeli alat ini. Semoga usaha kecil saya ini mendapat keredhaan Allah S.W.T bagi membantu saudara seugama yang memerlukan bantuan.