Thursday, August 19, 2010

2011


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Hampir setahun saya tidak mengemaskinikan blog ni.Alhamdulillah sedikit terpanggil utk berkongsi maklumat tentang rawatan alternatif ini.

Rawatan ini masih kami amalkan sekeluarga.Setakat ni rekod kami ke hospital atau dimasukkan ke hospital hampir tiada.syukur sangat2.

Di bawah ada gambar aktiviti tentang rawatan bekam ini yang kami lakukan di kalangan ahli keluarga utk mencapai tahap sihat yang maksimum.Boleh tgk dan kongsi .... GAMBAR INI ADALAH CARA MENNYAH TOKSIN DALAM BADAN YG LEBIH PRAKTIKAL DAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW.Yang baik itu datang dari ALLAH SWT dan kelemahan itu adalah dari diri kami sendiri.

Sunday, June 13, 2010

AIR MASSAGER


Relaxkan diri dengan santai menggunakan Air Massager ini.Proses urutan yang tidak menyakitkan dan berkesan menghilangkan lenguh-lenguh otot selepas penat bekerja.Menggunakan bateri - jimat jika tidak terkena tubuh,alat ini akan off secara automatik.Senang di bawa ke mana sahaja cuma buangkan angin pada beg dan masukkan ke dalam kotak.Disertakan bersama pump angin tapi tdak termasuk bateri.

Harga RM40 .... Hanya RM35 untuk 10 pelanggan pertama.Dapatkan sekarang.Call 019 6493155

Sunday, April 4, 2010

MADU KHAULA











Salam.

Al-fatihah sedekahkan dengan tulus ikhlas kepada muslimin dan muslimat yang telah pergi meninggalkan kita dan bertemu Penciptanya.

Kembali menulis apa yang terlintas di fikiran,hanya mahu berkongsi dan bukan memaksa untuk mempercayai atau membeli produk yang akan saya perkenalkan diblog ini. Madu Khaula - madu asli dari negara Iran .... mungkin ramai yang dah tahu khasiatnya dan mungkin ada yang tidak tahu wujudnya madu ini di sini.

Saya menggunakan madu ini untuk seisi keluarga hampir 7 hingga 8 tahun yang lalu.Terlalu banyak khasiat madu ini dalam membantu menjaga kesihatan keluarga saya.Sekadar memberi beberapa kebaikan madu ini ianya dapat mengurangkan kesan asma bagi bayi dan kanak-kanak,batuk,selsema, kurang selera makan,menambah tenaga dan sebagainya.

Untuk maklumat lebih lanjut sila ke engine pencarian google dengan menaip nama `Madu Khaula'.Kesan sampingan untuk bayi dan kanak-kanak hampir tiada kerana madu ini tidak bersifat panas malah sedap dimakan/di bancuh bersama air masak.

Kawan-kawan dan sahabat boleh mendapatkan di mana-mana kedai yang menjual makanan kesihatan/jamu eg Giant,Carefour atau Tesco dengan harga rm65 bagi yang biasa dan rm70 bagi yang mempunyai sarang lebah di dalamnya.

Untuk yang membeli melalui saya harga diskaun akan diberikan - sila hubungi saya Naz 019 6493155 /email iqah65@yahoo.com untuk penjelasan,berkongsi maklumat atau berhajat untuk membeli. .


Terima kasih.wsalam

p/s : kami mengamalkan pengambilan madu khaula selepas proses berbekam untuk menambah tenaga.Alhamdulillah terbukti berkesan.

Thursday, April 1, 2010

DIN BERAMBOI - RADIO ERA


Salam,

Alhamdulillah, bertemu kembali.Sebenarnya banyak yang nak dikongsi,tapi masa perlu dibahagikan dengan sebaik mungkin..Saya agak sibuk dengan dunia decorating cake yang memang saya minati. Sila jalan-jalan ke blog saya http://kekcoklat-naz.blogspot.com untuk tengok-tengok apa yang patut. Nak bagi komen atau tempah kek pun boleh,semuanya saya terima dengan hati yang lapang dan terbuka.

Bisnes set bekam .... apa lagi yang nak saya cakap melainkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T sebab alat ini tidak pernah putus di tanya orang. Saya sentiasa mengadakan stok supaya mereka yang berhajat dapat membeli barang yang di hajati. Seperti biasa harapan saya semoga mereka yang membeli alat ini mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.


Sakit ??? Alhamdulillah saya dan keluarga sihat ... saya,suami dan Najmi (anak sulung saya) baru menjalani proses berbekam dua minggu yang lalu ... lepas kami balik dari bercuti di Langkawi. Segar dan sihat tapi tidak mahu terlalu takbur kerana bila-bila masa Allah S.W.T akan menguji hambanya. Macam En.Din Beramboi kita yang petah bersuara di radio ERA (kadang2 layan juga radio ERA sbb nak kongsi minat dgn anak2.) kini sepi dalam dunianya sendiri. - Mengikut sumber akhbar, beliau di serang penyakit denggi berdarah - Semoga Allah S.W.T memberi ruang kepada beliau untuk sihat kembali.


Banyak lagi nak dikongsi, InsyaAllah di lain masa.


Jumpa lagi.Wasallam.

p/s Al Fatihah - untuk Saudara Din Beramboi yang telah meninggal dunia jam 12.30 malam tadi.Agaknya masa saya tengah update blog saya ni. Semoga ditempatkan ditempat yang terbaik.Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.Amin

Wednesday, February 10, 2010

TAHU RAHSIANYA?


Salam.

Alhamdullilah hari-hari yang dilalui penuh dengan nikmat yang Allah S.W.T beri. Saya dan keluarga diberikan kesihatan yang baik,cuma Aqilah minggu awal di asrama dia di serang selsema ringan. Itulah kali pertama dalam tahun 2010 kami ke klinik untuk mengambil ubat.

Dalam cuaca yang agak membahang sekarang,saya sentiasa mengingatkan anak-anak dan diri sendiri supaya mengambil air dalam jumlah yang banyak untuk mengatasi rasa kurang selesa di siang dan malam hari yang panas.

Di kesempatan ini (masa saya ada masa nak update blog ini) saya ingin mengucapkan bebanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah membeli set alat bekam atau pun buku panduan bekam yang saya jual. Hanya tuan/puan yang membeli sahaja yang tahu rahsia sebenar apa yang telah dibeli.

Untuk tahun 2010 saya belum berkesempatan untuk merekodkan urusan jual beli kerana tuntutan waktu. Namun itu bukan agenda penting bagi saya.Saya cuma mengharapkan tuan/puan yang telah mendapatkan set bekam/buku memperolehi manfaat yang semaksima mungkin untuk kesihatan diri. Terima kasih banyak-banyak dan jumpa lagi.

Wassalam.

Wednesday, January 13, 2010

MENITI HARI DI 2010.


Salam.

Lama rasanya saya tak ke sini. Kenapa ya .....bukan saya sakit tapi masih diberikan Allah kesihatan yang sangat baik. Alhamdullilah.

Apa nak cerita...mcm biasa bekam teman setia saya walaupun tidak sakit,adakalanya di depan pc ada cup di belakang tengkuk saya, ala-ala massage lah tu.Alhamdullilah dapat legakan penat mata atau duduk lama-lama depan benda ni.

Minggu persekolahan bermula, saya diuji terpaksa berpisah dengan anak perempuan kedua saya yang mendapat tempat di asrama.Sedih pilu dan macam-macam ada..sebabnya ini baru first time kami berpisah.Saya berkorban melupakan kerjaya yang sedang berkembang setelah melahirkan kakak (Aqilah).

Menjadi surirumah sepenuh masa dan berbakti pada suami dan anak-anak. Bila kakak tinggalkan saya perasaan kami sama bila dia pun asyik menangis dan hendak balik ke rumah.Saya pujuk hati dan pujuk kakak supaya memikirkan masa depannya.

Alhamdullilah kakak dalam seminggu ni dah mula membiasakan diri di asrama dan ibunya dah tak melayan perasaan lagi.

Wasalam.tkasih