Wednesday, February 10, 2010

TAHU RAHSIANYA?


Salam.

Alhamdullilah hari-hari yang dilalui penuh dengan nikmat yang Allah S.W.T beri. Saya dan keluarga diberikan kesihatan yang baik,cuma Aqilah minggu awal di asrama dia di serang selsema ringan. Itulah kali pertama dalam tahun 2010 kami ke klinik untuk mengambil ubat.

Dalam cuaca yang agak membahang sekarang,saya sentiasa mengingatkan anak-anak dan diri sendiri supaya mengambil air dalam jumlah yang banyak untuk mengatasi rasa kurang selesa di siang dan malam hari yang panas.

Di kesempatan ini (masa saya ada masa nak update blog ini) saya ingin mengucapkan bebanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah membeli set alat bekam atau pun buku panduan bekam yang saya jual. Hanya tuan/puan yang membeli sahaja yang tahu rahsia sebenar apa yang telah dibeli.

Untuk tahun 2010 saya belum berkesempatan untuk merekodkan urusan jual beli kerana tuntutan waktu. Namun itu bukan agenda penting bagi saya.Saya cuma mengharapkan tuan/puan yang telah mendapatkan set bekam/buku memperolehi manfaat yang semaksima mungkin untuk kesihatan diri. Terima kasih banyak-banyak dan jumpa lagi.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment