Sunday, April 4, 2010

MADU KHAULA











Salam.

Al-fatihah sedekahkan dengan tulus ikhlas kepada muslimin dan muslimat yang telah pergi meninggalkan kita dan bertemu Penciptanya.

Kembali menulis apa yang terlintas di fikiran,hanya mahu berkongsi dan bukan memaksa untuk mempercayai atau membeli produk yang akan saya perkenalkan diblog ini. Madu Khaula - madu asli dari negara Iran .... mungkin ramai yang dah tahu khasiatnya dan mungkin ada yang tidak tahu wujudnya madu ini di sini.

Saya menggunakan madu ini untuk seisi keluarga hampir 7 hingga 8 tahun yang lalu.Terlalu banyak khasiat madu ini dalam membantu menjaga kesihatan keluarga saya.Sekadar memberi beberapa kebaikan madu ini ianya dapat mengurangkan kesan asma bagi bayi dan kanak-kanak,batuk,selsema, kurang selera makan,menambah tenaga dan sebagainya.

Untuk maklumat lebih lanjut sila ke engine pencarian google dengan menaip nama `Madu Khaula'.Kesan sampingan untuk bayi dan kanak-kanak hampir tiada kerana madu ini tidak bersifat panas malah sedap dimakan/di bancuh bersama air masak.

Kawan-kawan dan sahabat boleh mendapatkan di mana-mana kedai yang menjual makanan kesihatan/jamu eg Giant,Carefour atau Tesco dengan harga rm65 bagi yang biasa dan rm70 bagi yang mempunyai sarang lebah di dalamnya.

Untuk yang membeli melalui saya harga diskaun akan diberikan - sila hubungi saya Naz 019 6493155 /email iqah65@yahoo.com untuk penjelasan,berkongsi maklumat atau berhajat untuk membeli. .


Terima kasih.wsalam

p/s : kami mengamalkan pengambilan madu khaula selepas proses berbekam untuk menambah tenaga.Alhamdulillah terbukti berkesan.

Thursday, April 1, 2010

DIN BERAMBOI - RADIO ERA


Salam,

Alhamdulillah, bertemu kembali.Sebenarnya banyak yang nak dikongsi,tapi masa perlu dibahagikan dengan sebaik mungkin..Saya agak sibuk dengan dunia decorating cake yang memang saya minati. Sila jalan-jalan ke blog saya http://kekcoklat-naz.blogspot.com untuk tengok-tengok apa yang patut. Nak bagi komen atau tempah kek pun boleh,semuanya saya terima dengan hati yang lapang dan terbuka.

Bisnes set bekam .... apa lagi yang nak saya cakap melainkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T sebab alat ini tidak pernah putus di tanya orang. Saya sentiasa mengadakan stok supaya mereka yang berhajat dapat membeli barang yang di hajati. Seperti biasa harapan saya semoga mereka yang membeli alat ini mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.


Sakit ??? Alhamdulillah saya dan keluarga sihat ... saya,suami dan Najmi (anak sulung saya) baru menjalani proses berbekam dua minggu yang lalu ... lepas kami balik dari bercuti di Langkawi. Segar dan sihat tapi tidak mahu terlalu takbur kerana bila-bila masa Allah S.W.T akan menguji hambanya. Macam En.Din Beramboi kita yang petah bersuara di radio ERA (kadang2 layan juga radio ERA sbb nak kongsi minat dgn anak2.) kini sepi dalam dunianya sendiri. - Mengikut sumber akhbar, beliau di serang penyakit denggi berdarah - Semoga Allah S.W.T memberi ruang kepada beliau untuk sihat kembali.


Banyak lagi nak dikongsi, InsyaAllah di lain masa.


Jumpa lagi.Wasallam.

p/s Al Fatihah - untuk Saudara Din Beramboi yang telah meninggal dunia jam 12.30 malam tadi.Agaknya masa saya tengah update blog saya ni. Semoga ditempatkan ditempat yang terbaik.Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.Amin